Wednesday, December 7, 2011

Gitar dan Wanita ?


assalamualaikum w.b.t.
heloo semua , jam di laptop sudah menunjukkan jam 3.30 pagi . huh ! aku tak tahu kenapa tak boleh tidur lagi ni . hahaha ~ okey laa disebabkan aku dah lama tak mengarang dalam blog ni . jadi aku rasa patut gunakan masa yang terluang banyak ni untuk mengarang dari terbuang macam tu je kann ~ cuti sem ni banyak bagi aku pengajaran . apa pengajarannya ? haa ~ hanya orang tertentu je yang tahu . hee ~

okey back to real story , ape yang aku maksudkan dengan Gitar dan Wanita tu ? hmm , bunyi macam pelik sikit . tapi realiti bagi sesetengah lelaki yang aku kenal dan dorang share pendapat dorang tentang tajuk aku ni dorang memilih Gitar . dorang berempat dalam gambar kat bawah ni laa yang share pendapat dekat aku tentang Gitar dan Wanita . waa~ dah macam interview 360 pula . hahaha .

*mangsa interview aku =)


mereka berempat punya pendapat memang boleh diterima pakai . hehehe , okey macam yang kita tahu kebanyakkan lelaki memang akan bermain gitar . especially acoustic guitar . betulkan ? paling tidak pon , dalam sebuah rumah bujang sekurangnya mesti ade 1 gitar kapok . hahaha , yang ni aku dah buat survey kat rumah sedara² aku (maaf lari tajuk sikit) hee ~

adakah lelaki bermain gitar ni semata mata untuk memikat perempuan ? hahaha , persoalannya bakal aku share ni . jangan marah ea kalau ada yang terasa . ni just pandangan aku je . peace yaww . okey , sesetengah lelaki bermain gitar bukan sebab atas dasar minat semata mata . tetapi , cuma untuk menjadi seorang HGG (Hero Gadis Gadis) untuk mencuri pandangan seorang gadis yang dia sayang . betul ? kalau salah tu takpe laa . just pandangan sahaja . pengakuan dari faiz , dia cakap kat aku haritu "aku main gitar sebenarnya untuk perempuan" . hehehe ~ pengakuan berani mati . tahniah faiz kerana jujur .

tapikan , apa² yang kita lakukan tu niat kena betul bukan ? jadi bila niat tu tak betul maka susahlah untuk kita betul² faham apa yang kita belajar . samalah jugak macam belajar main gitar ni . gitar umpama seperti benda hidup , dimana auranya akan mengalir dalam tubuh kita supaya kita mudah untuk mempelajarinya . tapi kalau niat tu dah tak betul memang agak mengambil masa yang lama jugaklah untuk kita menguasai kemahiran bermain gitar ni . hahaha~ yang ni pandangan daripada anuar dan aszorol  .

okeylah , rasanya cukuplah sampai sini je haziq dok pompang pompang . kang takot lagi mengarut pulak jadinya . hahaha . apa² pun pandangan terakhir ni daripada anep ni menarik minat aku , tapi ni pada yang benar² minat pada gitar bukan kerana perempuan . hahaha . dia cakap "adakah lelaki sanggup korbankan minat dia bermain gitar hanya kerana seorang wanita yang belum tentu lagi menjadi milik mutlak kita" - anep
waaa~ dramatik dan makan dalam sikit ayat kau tu nep . hahaha . renung² kan dan selamat beramal . okeylah , sebelum aku merepek dengan lebih lanjut lebih baik aku stop sampai sini je . hahaha . terimakasih daun keladi sebab sanggup baca panjang² ni . almaklumlah . dah lama tak mengarang , haa ni makan dia . hahaha . okey assalamualaikum . #peace yaww



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

4 comments: