Saturday, August 10, 2013

Umrah (Part 1)

assalamualaikum w.b.t.
hai korang. lama dah tak update blog ni kan. maaf. sibuk dengna kerja dan order stock baju lain. haa saya nak cerita sikitlah pengalaman saya masa menunaikan umrah pada 5-19 June 2013 . tapi post ni saya cerita masa di Madinah je dulu. semasa di Mekah saya akan ceritakan di post seterusnya k.

ok saya tunaikan umrah ni under Andalusia Travel & Tours. servis mereka bolehlah. 8/10 bintang. dan macam biasalah kalau nak ke arab saudi kena naik Saudi Airlines. flight kami jam 3 petang dan orang yang menghantar kami masa tu memang ramai. pakcik makcik, saudara mara yang lain turut hadir hantar kami. macam nak pergi haji pula. heee

layanlah dulu gambar ni ye. *amek risiko letak gambar sendiri* hahaha. yang bergambar ramai-ramai kat bawah ni hanya ahli keluarga sahaja. ha tu nampak tak airbus Saudi Airlines ? besarkan ? heee tapi gambar gambar tu saya amek masa kat Riyadh Airport. transit sebelum sampai ke Madinah Airport.


kami sampai di Madinah Airport kira kira jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia). keluar je dari kapal terbang tu tetiba terasa panas. fuhh ingatkan enjin kapal terbang tu, rupanya memang cuaca disitu panas. fuhhh perubahan cuaca tapi still mampu bertahan. lepas selesai imigresen kami terus pergi tempat ambil beg. kat situ je dah habiskan masa kira-kira 30 minit. kami disambut oleh wakil andalusia disana untuk dibawa ke hotel. kami menginap di Mubarak Silber Hotel. haa nak tahu macam mana hotelnya ? google la ye. saya tak amek gambar hotel masa tu. heee. kami diberi kebebasan pada waktu itu untuk berehat dan akan mulakan aktiviti ziarah masjid yang paling dicintai oleh Rasulullah iaitu Masjid Nabawi.


keesokan harinya kami (jemaah lelaki group 1) dibimbing oleh Ustaz Muhammad Khaldun untuk melawat sekitar masjid Nabawi. masjid Nabawi kini sungguh luas. masuknya kami ke dalam masjid, Ustaz Khaldun menyuruh kami menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. setelah selesai, kami diberi taklimat ringkas dalam kumpulan mengenai masjid Nabawi, sejarah bagaimana boleh terbinanya masjid Nabawi ni, dan lain lain lagi. Masjid Nabawi yang sebenarnya takdelah besar seperti sekarang ni. kemudian kami dibawa ke hadapan lagi untuk melihat sendiri Makam Rasulullah, Raudhah, Mimbar Rasulullah, Tanah Perkuburan Baqi'.

ni saya just cerita sekadar untuk pengetahuan sahaja. semasa melawat makam Rasulullah, kami diajar cara memberi salam kepada Rasulullah kemudian anjak sedikit ke kanan untuk beri salam kepada Saidina Abu Bakar dan anjak sedikit ke kanan untuk beri salam kepada Saidina Umar al-Khattab. 2 orang sahabat ini adalah antara sahabat baginda yang dijanjikan syurga oleh Allah.

kemudian kami dibawa ke Raudhah. kami diberi masa 10 minit untuk solat didalam Raudhah. Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga. “Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

kita sering diberitahu yang perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia, Wallahualam. tapi bagi saya, ianya tidak mustahil, lihat saja hadis ini;
“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi (ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”

selepas selesai lawatan ni kami diberi pelepasan untuk lakukan aktiviti bebas. ada yang pergi ke raudhah, ada yang melawat lagi sekitar masjid Nabawi, ada yang pergi shopping, dan ada yang terus balik hotel.




keesokannya kami dibawa ke Bukit Uhud. Masjid Quba', Ladang Kurma. aktiviti kami masa ni tak lama. sebab pada waktu tu hari jumaat. dan agak terkejar masa sedikit. di Arab Saudi, wanita diwajibkan untuk solat jumaat sekali bersama lelaki. tidak seperti di Malaysia. di Arab Saudi ni juga solat Subuh tiada doa qunut. setelah habis lawatan semua kami diberi masa 2 hari untuk lakukan apa sahaja di Madinah. samada nak ke masjid, beli barang cenderahati, kira aktiviti bebaslah senang.

kat sini saya just nak remind sikitlah ye. didepan pintu masuk masjid Nabawi ada orang jual al-Quran berharga 30 riyal untuk diwakafkan didalam masjid. tapi kena ingat ada setengah peniaga tidak wakaf pada masjid. tapi mereka wakafkan di tempat lain. dan perlu juga kita tengok dulu isi Quran tersebut supaya tak terbeli Quran buatan Syiah. cara lebih mudah adalah kita beri saja duit pada Mutawwif beli al-Quran untuk diwakafkan dimasjid. Wallahualam.

ok cukup dulu buat masa ni. entri seterusnya saya akan ceritakan pengalaman semasa di Mekah pula. nantikan ye. maaf sebab terlalu panjang dan tidak menarik. sekian assalamualaikum :)



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, June 4, 2013

Bukit Tinggi (20.4.13)

assalamualaikum bloggers. tetibe terasa rajin pula nak update blog ku yang dah berhabuk ni. hahaha. ok korang tahu Bukit Tinggi, Pahang ? mestilah tahu punya. kalau tak tahu tu, dia dekat dengan Colmar Tropicale. google ye kalau nak tahu. tapi sebenarnya Colmar Tropicale tu memang dekat Bukit Tinggi pun. heee. kalau dari KL kena lalu tol Gombak ke Karak tu haa. Karak ? hahaha. jangan fikir bukan-bukan. it's just take only 30 minutes from Tol Gombak tu ke Bukit Tinggi sebenarnya. actually bergantung pada kelajuan yang anda bawalah.

lepas dah masuk simpang ke Berjaya Hills Resort, korang kena redah bukit pulak. haa bukit dia taknak main tinggi pulak, memang dari bawah sampai atas aku guna gear 2 je la. mahu jahanam gearbox kereta aku tu. nak masuk sana jangan ingat semuanya free ye. hahaha. kalau masuk harga tiket dewasa RM12, kalau kanak-kanak pula tak pasti. sebab aku tak tengok berapa ringgit untuk kanak-kanak. hahaha. lepas dah bayar tu kalau korang sayang kereta, parking kejap kat tepi tu bagi cooldown enjin tu sikit. sambil tu korang boleh hirup udara segar atas tu.

 tadaaa.. haa ni kita sudah sampai di Perancis. hahaha. takdelah. actually, konsep bangunan di belakang tu konsep bandar lama di Perancis suatu ketika dahulu. ramai kata tempat ni horror. hahaha. aku taktau pun. tapi hotel kat situ jangan ceritalah harga berapa. kalau tak lebih dari 200 untuk 1 malam memang tak sah.

tengok tu abang ikmal kita dengan gaya dia. hahaha

ini pintu masuk dia tapi dari dalamlah aku amek gambar ni.

haa time ni kat menara loceng dia kot tak silap aku. korang boleh naik menara tu untuk lihat sekeliling. nice beb wa cakap sama lu.

hmmm.... macam biasalah bergambar sat sebelum turun.

ok, after that kitorang pergi ke Taman Jepun. tak jauh dari Kota Perancis ni. hahaha. takde kena bayar apa-apa tau nak masuk Taman Jepun ni. time on the way ke Taman Jepun kami ternampak flying fox, and apa benda entah yang sukan lasak tu. tanya berapa ringgit ingat dia sekali semua. lastly, dia asing daaa.. flying fox tu sekali naik RM50 lebih tak silap aku. pehhh, terus kami blah teruskan perjalanan ke Taman Jepun.

macam biasa ada signboard nak bagitahu tempat arah tuju. tapi sebenarnya tempat ni berpusing je. hahaha.

ni la salah taman yang buat aku tenang. angin tiup sepoi-sepoi sejuk je. air sungai dia tu pun sejuk

inilah jejaka jejaka yang ikut rombongan cik kiah. hahaha takdelah. dorang yang follow aku. 6 orang + 1 (aku) :p

tepat pukul 4 kami bertolak untuk pulang ke KL. tapi macam biasa, singgah kawasan rehat di Genting Sempah dulu. makan, minum, solat then barulah terus ke KL. macam tak seronok je cerita ni. hahaha. takpelah aku just kongsi je. kalau nak merasa sendiri pergilah. tempat ni tak sesuai sangat untuk happy-happy. tapi dia lebih kepada untuk tenangkan diri dan larikan diri sebentar dari kota yang sibuk.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !