Saturday, May 11, 2013

KAWAN - RAKAN - TEMAN - SAHABAT

assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers

sekarang jam tepat pukul 12:45 am, mata masih segar sebenarnya. banyak perkara yang bermain dalam fikiran ni. post kalini tentang "KAWAN - RAKAN - TEMAN - SAHABAT". saya tahu ramai diluar sana mempunyai kawan bukan. dan untuk menjadi seorang kawan ni memang senang berbanding nak menjadi seorang sahabat sebenarnya. kenapa ?


bagi saya kawan ni saya amek contoh seperti menambah kenalan didalam laman sosial seperti do Facebook dan Twitter. kita "add", mereka "approve". dan secara rasminya kita menjadi rakan mereka. tapi bila mereka tak suka kita, mereka boleh pergi dari hidup kita dengan menekan link "unfriend". kawan juga kekadang boleh dikelaskan seperti chipsmore. sekejap ada sekejap takde. maknanya, apabila kita senang mereka datang dan berbuat baik dengan kita. tapi bila kita susah dan perlukan pertolongan, mereka hilang begitu je.

seperti tweet dari abang Ben Ashaari, dia tweet "kawan sebenar adalah diri kita sendiri". kalau kita fahamkan betul-betul aap yang cuba disampaikan abg Ben tu, ni pendapat saya sendiri. jiwa, hati, akal adalah kawan sebenar kita. ketiga ini yang selalu meneman kita, sentiasa bersama dengan kita bila ada masalah.


anda faham maksud gambar diatas ni ? bagi sesiapa yang mempunyai sahabat diluar sana, anda kira beruntung kerana Allah telah menghadiahkan anda seorang sahabat yang boleh dipercayai. dan saya tak nafikan yang sebenarnya saya ni memang takde sahabat. tetapi, saya ada teman dari 5 Cekal Crewz, saya ada kawan dari PoliPD. saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana bertemu dengan mereka. walaupun mereka bukan sahabat saya, tapi saya sayang mereka semua. tapi ini semua tak bermakna saya tak sayangkan keluarga saya, saya sayang mereka lebih dari segala yang ada didunia ni. tapi dalam topik ni saya lebih fokuskan kepada persahabatan.

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN
TAK semua rakan boleh TEMAN
TAK semua teman boleh jadi SAHABAT
"apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat, kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan"

p/s : jika tiada apa-apa yang menghalang, InsyaAllah pada 5hb June 2013 saya dan IbuBapa akan menunaikan umrah. doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !