Tuesday, December 20, 2011

Life...


assalamualaikum w.b.t
hai u alls . harini aku rasa tak dapat nak lelapkan mata pulak . tak tahu sebab apekan . sejak cuti sem ni memang tidur aku tak pernah nak cukup . so, how's your life ? okey aje kan . harap semuanya sihat walafiat sekarang ni ea . okey laa , aku kalau nak bercerita bab agama ni pun memang aku low jugaklah . sebab aku punya ilmu agama pun belum cukup lagi . banyak lagi yang aku perlu belajar .

terlebih dahulu aku nak minta maaf jikalau ada yang terasa dengan apa yang aku tulis sebelum² ni . masa cuti sem ni kerja aku dekat rumah online manjang . hahaha , standard bagi aku . ada beberapa hamba Allah ni yang asyik post mengenai orang dia sayang yang sudah pun kembali kepada Nya kat facebook . sebenarnya , ini adalah sebahagian daripada erti kehidupan . walaupun kita tak dapat nak terima kenyataan tu , kita tetap harus berhadapan dengan kenyataan tu jugak . kan pepatah melayu ade mengatakan "kehidupan harus diteruskan" walaupun sukar untuk terima , kita harus cuba dan terus mencuba untuk terima . setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ni sebenarnya ada hikmahnya .

kadang² bila kita terkena musibah , janganlah kita terlalu marah atau terlalu sedih . sebaliknya kita berdoa dan memohon doa pada Allah supaya tabahkan hati kita untuk terima musibah yang datang pada diri kita ini . musibah yang kita terima itu sebenarnya kita mampu hadapinya , kerana Allah akan menguji umatnya dengan ujian yang mampu dihadapi oleh umatnya . cuma kita sahaja yang susah untuk menerimanya , dan tidak menjumpai penyelesaiannya .

okeylah , ni je yang mampu aku huraikan apa yang aku faham erti kehidupan . sebenarnya banyak lagi erti kehidupan ni , cuma aku hanya mampu huraikan ni je . aku taip panjang² pun bukannya ade yang membaca sampai habis pun kann . sorrylah ea kalau aku ade tersilap ke , sebab aku dalam bab agama ni pun sebenarnya masih lagi dalam proses . hee , okey assalamualaikum . see yaa~

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

2 comments:

  1. nice entry...apapun yg berlaku hidup perlu diteruskan..

    ReplyDelete
  2. yess , betul tu syima . :)
    let bygones be bygones

    ReplyDelete