Tuesday, August 30, 2011

RAYA~RAYA 2011

assalamualaikum semua. ade sihat tak korang semua ? raya sakan nampak. byk tak duit raya korang dpt ? mesti byk kan. hmm, CONFIRM lepas ni semua berat badan naik. hahaha. btw, terlebih dahulu aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam yg telah berjaya mengharungi bulan ramadhan selama sebulan dgn sempurna. hee~ penoh ke tak laa puasa tu kan. kalau tak penoh tu qada' laa cepat² ea. agak² sape yg rajin nk puasa 6 hari tu, aku ucapkan selamat berpuasa.
ok. raya aku tahun ni. err~ agak kurang meriah tapi aku cuba buat² meriah laa ea. hee~ 1 hari aku terseksa sb gigi sakit. grrr~ aku terpaksa guna GAMBIT yg KELAT, PAHIT, PAYAU tu sapu dlm mulut aku ni. pergh!! tak terkata rasa dye tu. lepas beberapa minit mulut aku terasa kebas. effect ubat tu laa. huh!! tp ok laa. tk sakit sgt cuma takde feel laa bila nk makan. grrr~
ok bawah ni aku masok kn sikit gambar family aku. tp tak semualah sb ade yg beraya kt rumah mertua. nasiblah kalau dah berkahwin ni. setiap tahun kena selang-seli beraya rumah mertua dgn keluarga sendiri. hahaha!!

papa dan mama aku

 ♥ keluarga kakak aku yg sulung

♥ keluarga abg aku yg kedua

 ♥ keluarga kakak aku yg keempat

aku ? confirm² la belum lagi. tunggu laa lagi 10 tahun macam tu. sape laa akan jadi bakal aku. hahaha. gatal kau ziq. kakak aku yg ketiga ? haa~ dye beraya kt rumah mertua laa. mane lagi. hahaha. ok laa. malas nk cite panjang berjela. hahaha. thanks sb singgah dan sudi baca post ni. lg sekali aku ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pembaca. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, August 23, 2011

Kerja Amal "kot"

Assalamualaikum .
Ok entri kali ni mengenai kerja amal aku harini. ;)
Kerja amal ni dah menjadi aktiviti wajib jgk bg jabatab elektrik. ktowg bergotong-royong kt masjid teluk kemang. dekat je dgn poli pd. hahaha~ :D
Dlm masa yg sama gk, pihak ambank dgn berita harian pon join adventure skali. sb ni pon salah satu aktiviti khidmat sosial dorg gk. lps bersihkan kawasan masjid. dorg ade buat sembelih lembu. haaa~ h0k gini yg aku tunggukan sb sungguh mengelikan bg aku. Masa nk sembelih lembu tu, aku dgn senior yg lain kena dok pijak kayu panjang supaya lembu tu tk bergerak masa nk potong urat nafas dgn urat makan lembu tu. masa wak tu nk sembelih lembu tu. tetibe aku terasa ade benda tertembak dkt kaki aku. panas dan ade rasa benda cair. huh ! korg faham tak ape maknanya ? lembu tu lepas hajat. grrrr~ sabo je laa.
semua keje yg berkaitan dgn lembu tu 1st kot aku buat. dari keje tumbangkan lembu, lapah kulit lembu, potong daging² lembu. mmg memenatkan tp this is best bro. menimba pengalaman baru.
 tp sayangnya aku tk dpt nk rasa daging ni masa berbuka td. huh ! ni semua sb terlena lama sgt laa ni. huh ! habis terlajak aku dibuatnya. takde rezeki nk rasa masakan veteran org nogori ni nk buat cm ne. redha je laa~ :)
ok then. see u all next entri k. see ya~ :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Sunday, August 21, 2011

Pertama Kali

assalamualaikum :)
ok mcm biasa jgk laa aku akn bg tau ape mksd entri aku 'pertama kali'
hmm . maknanya pertama kali aku berbuka puasa dgn ank yatim. ni semua mmg sebahagian dr aktiviti wajib jabatan elektrik. pertama kali aku berbuka dgn ank yatim yg masih kecil. aku tersentuh bila ada salah sorg dr dorg bdk lelaki dtg sendiri kt aku dgn senyuman dia yg mmg sweet giler utk salam dgn aku. aku terkejut masa tu. biasanya aku yg pergi kt bdk² tp kali ni bdk² yg dtg sendiri kt aku. tersentap jgk aku dia cium tgn aku masa tu. biasanya bdk² kalau salam bukan cium, dorg cuma sentuh kt dahi je. pd masa yg sama gk ade plak Imam Muda Fatah dtg kt poli aku utk berkongsi pengalaman hidup dia dgn kitorg. walaupun tak ramai pelajar yg dtg sb semuanya sibuk nk gerak seremban p shopping. tp event tu cukup sempurna walaupun tak ramai sgt. walaupun masa dia tgh berceramah tu aku dah mula terangguk-angguk sb ngantok sgt. hahahaha~
ok balik kpd cerita asal pasal berbuka puasa td. masa nk berbuka tu aku renung muka sorg² ank yatim ni. walaupun dorg dah takde ibu bapa lg dah. aku tgk dorg cukup ceria. mungkin ustaz dia bimbing dorg semua ni dgn betul. siap main kejar² lg tu dlm PI. aku ingat nk join gk tp ade keje nk kena buat kan. so tak jd laa. hehehe~ *terasa nk jadi bdk² balik ler.
ok laa. sampai sini je laa entri aku kali. jam pun dah menunjukkan tepat pukul 4 pagi. haaa~ mata sudah kuyu meyh~ ok laa.thanks sb singgah ea. see ya~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, August 20, 2011

APA YANG BUAT PEREMPUAN MERAJUK

assalamualaikum para pembaca semua. hee~
entri aku kali ni bukannya utk perli mane² pihak. tajuk entri pasal benda yang boleh buat perempuan merajuk. macam yg kita tau sesetengah perempuan ni hati dia betul² sensitif. bila dah terasa tu faham² la ea ape yg terjadi lepas tu. MERAJUK laa jadinya. hee~ ok laa. meh sini aku nk share dgn korg ape yg buat perempuan merajuk berdasarkan pengalaman aku sendiri. ENJOY IT~
  1. pertama sekali pasal pemilihan kedai makan. ade sesetengah perempuan mmg cerewet dlm bab² makan ni. bila kedai makan tu tak kena dgn selera dorg sanggup tarik muka sedepa supaya boyfriend dia bwk kt kedai makan yg selesa sikit. kalau lelaki tak kisah kedai makan mane² je. yg penting halal dan cukup utk isikan perut tu haa. (konon dpt pergi tempat grand supaya nti dpt show off kt member² dia yg balak dia bawak makan kt tempat mahal la ea)
  2. umum semua dah tau yg perempuan ni mmg sensitif. ade yg kuat menangis. tp kita (lelaki) tau ke ape yg buat dia menangis? sb ape ek? adakah sb nk tarik perhatian lelaki utk menunjukkan yg dia tgh menangis? maybe laa~ tak berani jamin. kalau tk dipujuk nti kang bertambah laa rajuk dia tu. sedangkan lelaki lg byk benda nk difikirkan dari dok dgr suara perempuan tu menangis entah sedap atau tak.
  3. perempuan suka bila kita (lelaki) bagi perhatian kat dia dan kadang² manjanya tak bertempat betul. sikap manja tak bertempat ni boleh dikategorikan sbg Syok Sendiri. dorg suka dipuji dan bila tak dipuji mulalah tarik muncung ala² donald duck.
  4. sesetengah perempuan ade yg mudah menjeruk perasaan sb nk sgt lelaki faham soal hati dia. sedangkan dorg plak? nk ke faham perasaan lelaki? tepuk dada tanya hati.
  5. ni termasuk sikit pasal lelaki. sesetengah lelaki tk suka menunjukkan perasaan dorg melalui kata² tp melalui pemerhatian dan bersikap bertanggungjawab. jadi, para perempuan jgn laa nk merajuk bila boyfriend korg tak luahkan perasaan dorg melalui kata² ea.
  6. perempuan yg kaki shopping. kebanyakkan lelaki kurang berminat dgn perempuan perangai mcm tu. sb biasanya perempuan akn bershopping itu ini sampai tk ingat dah malam ke belum. bila bershopping dgn boyfriend dorg, ade sesetengah perempuan suka tanya pendapat boyfriend dorg tentang barang yg menarik perhatian dorg. dorg akn tanye lawa ke tak, sesuai ke tak. dan lelaki yg tgh keletihan cuma akn angguk je tanda lawa atau setuju sb dah tak larat. takot nti kang merajuk laa plak.
  7. bg perempuan yg suka ckp pasal org lain dan senang cerita ke arah mengata org laa kn. pada masa tu laa lelaki cuma akn mendiamkan diri je. dan pada masa yg sama jugak laa perempuan akn merajuk sb tak bg respon dgn ape yg dorg ckp.

    perempuan kena faham diri masing² dan ubahlah perangai . kalau waktu muda² ni nk merajuk mmg tak salah sebenarnya. tapi janganlah dah beranak pinak nti pun nk merajuk mcm masa muda² dulu kot. BURUK BEBENO nampaknya. hmmm. ok laa sampai sini je entri kali ni. dah takde idea nk tulis ape dah. semua point tu berdasarkan pengalaman aku sendiri tau. last sekali, aku nk MINTA MAAF pd para pembaca yg TERASA dgn entri aku kali ni. MAAF ea.

    Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

    Wednesday, August 10, 2011

    Puasa...

    hye all readers . ;)
    semua sihat² je kan ? entri kali pasal puasa aku kt poli . agak bosan sikit la entri aku kali ni . pertama kali aku berpuasa berjauhan dr family aku . pada mulanya mmg agak sukar nk terima kenyataan yg aku tak dpt bersahur dgn keluarga aku mase 1st day tu . tp ape kn daya. keadaan tak mengizinkan . so, aku redha je la . kalau korg ade kt tempat aku pon korg akn rasa mcm ni jgk kn ? :)
    setiap kali aku dpt msg atau call dr parents aku tanye dah sahur ke blom, dah bebuke ke blom, makan ape semua mase bulan puasa ni . hati aku sebak tetibe . mungkin sb aku rindu kt dorg. mungkin jgk sb aku rindu nk menatap wajah parents aku. selain tu, aku rindu dgn suasana kecoh kt rumah aku . dulu bila nk bebuke je rumah aku mst kecoh dgn suara ank
    ² buah aku yg nakal² tu . :D
    ok . masuk plak aktiviti belajar aku mase bulan puasa ni. hmm . lg mencabar dr puasa mase sekolah dulu² . sb kali ni aku kena berjalan kaki dr hostel ke kuliah amek mase lbh kurang 10minit cm tu . kalau mcm ni tiap² hari boleh KURUS woo~ FAKTA ok. :D
    lg² aku ketua kelas . lg sebok kena berkejar sana, sini. huh! yg lain? dok tengok je . -,-
    tp tu semua mase mula² je . skrg aku dah biasakan dah . deyh ape ada hal . hee~ ;)
    worait . cukup la sampai sini aku cerita . takde idea dah . jumpa next entri plak ea . terima kasih sb singgah . see ya~ 

    Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

    Tuesday, August 9, 2011

    My New Life

    assalamualaikum :)
    dah lame aku tak update blog ni. dah berkuno aku rase. :D
    seriously aku bz sangat². bz dgn assignment, quiz semualah yg berkaitan dgn nya. sampai diri sendiri pon tak terurus ni. haih.
    entri aku kali ni nk ceritakan tentang kehidupan baru aku di tempat org. benda ni semua normal bg semua yg bergelar pelajar. yg duduk sampai kt hujung utara malaysia sekali pun sanggup dtg turun ke selatan malaysia demi menuntut ilmu. waaa~ dah mcm pak ustaz la plak. :D
    okok. aku bukan nk jd pak ustaz ke ape ke. aku nk ceritakan tentang kehidupan baru aku.
    nk start dari mana erk? hmm. ok. kehidupan aku bermula disini...
    ni laa tempat aku menuntut ilmu. aku tak layak nk masuk UiTM. kenape UiTM? sb mase UPU dulu aku byk mohon kt UiTM. ok laa. cite balik pasal kawan pertama sekali yg aku kenal dn aku rapat mestilah roomate aku sendiri. aku panggil dia KAY je. :D
    dia bdk auto dan aku bdk elektro. hmm. kalau sape² yg pena masok bilik ktorg. confirm ! korg akan ckp "dah takde rupa bilik dah aku tgk". hahaha~ nk buat mcm mane. 1 je ktorg ckp, "barulah student name nye tu" :P
    ok stop pasal roomate. kang kembang kempis plak bdk tu. :D
    next story is about my classmate plak. bg aku laa kn. lelaki ke perempuan dlm kelas aku tu semuanya same je. otak giler². baru syok maa~ itulah DEP1S1. yg sentiasa buat aku happy. walaupun ade skali aku tak berapa nk sihat dorg buat lawak antarabangsa. aku cuba utk senyum. :)
    kepada faridzuan plak yg sntiasa bersabar dgn perangai aku. hahaha. sb ape? haa~ tiap
    ² hari aku tinju perut dia. aku buat dia mcm punchbag plak. hehehehe~ aku geram giler². lantak p laa depa nk kate ape. :D
    pensyarah kt sini? hmm. semuanye ok. hampir semuanya spoting habis beb. kalau blaja tension² pon takde gunanya laa. confirm takkan masok otak. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. baik tak payah. kenalah study smart. kan~ :)
    back to the UiTM. aku ade daftar pendaftaran terbuka UiTM. aku minta kos Teknologi Pejabat. dpt ke tak tu belakang punya cerita la. yg aku pening bdk² DEP1S1 tak bagi aku pindah. sb ape? haa~ sb aku ketua dorg. heee~ aku laa yg kena manage dorg punye jadual. setiap kali ade kelas batal atau ape² je yg berkaitan dgn bdk² kelas aku. akulah kena send msg kt dorg ni. semuanya ade 27 org. kalau aku send msg kt dorg kredit aku mlayang RM2.70. tu belom lg yg bg respon balik ckp betol ke tak. semuanya hampir RM5. kalau mcm ni tiap² hari boleh koyak aku. :D
    tp takpe. kawan punye pasal aku rela je la. :)
    ok. tu je cerita aku utk entri kali ni. thanks sb sudi singgah di blog aku ni. see ya~ ;)

    Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !