Tuesday, May 17, 2011

Benda Yang Menggembirakan Aku =)

untuk melihat orang lain tersenyum mmg mudah, tetapi untuk melihat diri sendiri tersenyum amat payah sekali . itulah sifat aku yg pelik bg aku sendiri, sb aku suka tgk orang lain tersenyum, gembira, gelak, segala yg ada kaitan dgn kegembiraan dan asalkan takde kesedihan . tak tahu kenapa . =)
* pasangan tua yg gembira =')
contohnya seperti gambar atas ni . aku suka tgk pasangan couple salah satunya tak kira muda atau tua yg gembira, sering bergurau dan saling memahami satu sama lain . bg aku bila tgk orang lain gembira dapat tenangkan hati kita . itu aku yg rasa . tak tahulah kalau orang lain mcm mana . lain orang lain pendapat . =)
  * si ayah menolong anak ambil layang² =)
 * beriadah bersama keluarga =)
selain pasangan couple . aku suka juga tgk keluarga yg bahagia mcm gambar kt atas ni . bila pergi kt mana² taman permainan atau tempat beriadah, mesti kita jumpa bukan satu keluarga tapi berlambak kot, yg bawak anak² mereka tak kisah yg still lagi kecik ataupun yg besar berjanggut sekalipun . untuk luangkan masa bersama keluarga masing² . =)
masa ni lah kita dpt lihat keakraban hubungan antara anak² dgn ibubapa . ada yg saling bergurau, saling kejar mengejar, berkongsi cerita sesama ahli keluarga . itulah yg membuatkan hubungan antara ahli keluarga semakin mesra dan kukuh .=)
bila aku lihat sendiri semua benda ini dgn mata aku sendiri, aku rasa tenang je hati ni , rasa nk join sekali pon ada gak . HAHA . anyway, melihat orang lain gembira adalah perkara yg dapat menggembirakan aku . chill ya ~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Wednesday, May 11, 2011

Keputusan Yang Mengecewakan

Hola² . tiba masa untuk meng'update' blog aku yg tak berapa nak lawa dan elegant ni . HAHA . sebenarnya aku takde cerita baru yg nk ditulis . tapi aku adakan juga .
ok . yg ni bukan cerita baru sebenarnya, tapi agk HANGAT jugalah bagi EX CALON SPM 2010 . cerita pasal keputusan pengambilan pelajar ke IPTA . heboh betul cerita ni . ada yg gembira, ada yg sedih, dan ada yg pening . kalau gembira dgn sedih tu faham² la ye . tp kalau yg 'pening' tu maknanya tak tahu nk pilih sama ada MATRIKS ataupun IPTA .


*IKLAN SEBENTAR

aku ? dapat masuk IPTA ke tak ? confirm²lah TAK . bukan aku tak nak masuk, cuma kerajaan je yg tak nak amek aku (sengal kau ajiq) . HAHA . tepat jam pukul 12 p.m. bersamaan dgn hari jumaat (6 MEI) . aku semangat nk semak keputusan kemasukan ke IPTA . tapi jawapan yg dorg bagi . . . hampeh ! dlm byk² 8 pilihan yg aku pilih, semuanya tak kena ! ni yg aku tension sgt masa tu . terus aku buat rayuan . dlm rayuan pulak dia minta 2 pilihan je . aku pilih jurusan Dip. Pengurusan Maklumat dgn Dip. Pengurusan Teknologi Pejabat . dua² ni kat UiTM . kalau tak dpt juga . Politeknik la pilihan aku yg terakhir dan berharap sgt² . aku tak kisah course apa yg aku dpt . yg penting aku dpt teruskan pengajian aku . aku tak nak kalah dgn adik-beradik aku yg lain . kalau dorg bole sambung pengajian, kenapa TIDAK aku ? kalau diberi rezeki untuk aku sambung belajar, aku akan gunakan masa dan peluang tu dgn sebaik mungkin . aku tak nak pulang dgn tangan kosong .
itu je la cerita untuk hari ini . skrg pun dah pukul 3.30 PAGI !!! masa untuk aku tidur . :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !