Tuesday, December 20, 2011

Life...


assalamualaikum w.b.t
hai u alls . harini aku rasa tak dapat nak lelapkan mata pulak . tak tahu sebab apekan . sejak cuti sem ni memang tidur aku tak pernah nak cukup . so, how's your life ? okey aje kan . harap semuanya sihat walafiat sekarang ni ea . okey laa , aku kalau nak bercerita bab agama ni pun memang aku low jugaklah . sebab aku punya ilmu agama pun belum cukup lagi . banyak lagi yang aku perlu belajar .

terlebih dahulu aku nak minta maaf jikalau ada yang terasa dengan apa yang aku tulis sebelum² ni . masa cuti sem ni kerja aku dekat rumah online manjang . hahaha , standard bagi aku . ada beberapa hamba Allah ni yang asyik post mengenai orang dia sayang yang sudah pun kembali kepada Nya kat facebook . sebenarnya , ini adalah sebahagian daripada erti kehidupan . walaupun kita tak dapat nak terima kenyataan tu , kita tetap harus berhadapan dengan kenyataan tu jugak . kan pepatah melayu ade mengatakan "kehidupan harus diteruskan" walaupun sukar untuk terima , kita harus cuba dan terus mencuba untuk terima . setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ni sebenarnya ada hikmahnya .

kadang² bila kita terkena musibah , janganlah kita terlalu marah atau terlalu sedih . sebaliknya kita berdoa dan memohon doa pada Allah supaya tabahkan hati kita untuk terima musibah yang datang pada diri kita ini . musibah yang kita terima itu sebenarnya kita mampu hadapinya , kerana Allah akan menguji umatnya dengan ujian yang mampu dihadapi oleh umatnya . cuma kita sahaja yang susah untuk menerimanya , dan tidak menjumpai penyelesaiannya .

okeylah , ni je yang mampu aku huraikan apa yang aku faham erti kehidupan . sebenarnya banyak lagi erti kehidupan ni , cuma aku hanya mampu huraikan ni je . aku taip panjang² pun bukannya ade yang membaca sampai habis pun kann . sorrylah ea kalau aku ade tersilap ke , sebab aku dalam bab agama ni pun sebenarnya masih lagi dalam proses . hee , okey assalamualaikum . see yaa~

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Wednesday, December 7, 2011

Gitar dan Wanita ?


assalamualaikum w.b.t.
heloo semua , jam di laptop sudah menunjukkan jam 3.30 pagi . huh ! aku tak tahu kenapa tak boleh tidur lagi ni . hahaha ~ okey laa disebabkan aku dah lama tak mengarang dalam blog ni . jadi aku rasa patut gunakan masa yang terluang banyak ni untuk mengarang dari terbuang macam tu je kann ~ cuti sem ni banyak bagi aku pengajaran . apa pengajarannya ? haa ~ hanya orang tertentu je yang tahu . hee ~

okey back to real story , ape yang aku maksudkan dengan Gitar dan Wanita tu ? hmm , bunyi macam pelik sikit . tapi realiti bagi sesetengah lelaki yang aku kenal dan dorang share pendapat dorang tentang tajuk aku ni dorang memilih Gitar . dorang berempat dalam gambar kat bawah ni laa yang share pendapat dekat aku tentang Gitar dan Wanita . waa~ dah macam interview 360 pula . hahaha .

*mangsa interview aku =)


mereka berempat punya pendapat memang boleh diterima pakai . hehehe , okey macam yang kita tahu kebanyakkan lelaki memang akan bermain gitar . especially acoustic guitar . betulkan ? paling tidak pon , dalam sebuah rumah bujang sekurangnya mesti ade 1 gitar kapok . hahaha , yang ni aku dah buat survey kat rumah sedara² aku (maaf lari tajuk sikit) hee ~

adakah lelaki bermain gitar ni semata mata untuk memikat perempuan ? hahaha , persoalannya bakal aku share ni . jangan marah ea kalau ada yang terasa . ni just pandangan aku je . peace yaww . okey , sesetengah lelaki bermain gitar bukan sebab atas dasar minat semata mata . tetapi , cuma untuk menjadi seorang HGG (Hero Gadis Gadis) untuk mencuri pandangan seorang gadis yang dia sayang . betul ? kalau salah tu takpe laa . just pandangan sahaja . pengakuan dari faiz , dia cakap kat aku haritu "aku main gitar sebenarnya untuk perempuan" . hehehe ~ pengakuan berani mati . tahniah faiz kerana jujur .

tapikan , apa² yang kita lakukan tu niat kena betul bukan ? jadi bila niat tu tak betul maka susahlah untuk kita betul² faham apa yang kita belajar . samalah jugak macam belajar main gitar ni . gitar umpama seperti benda hidup , dimana auranya akan mengalir dalam tubuh kita supaya kita mudah untuk mempelajarinya . tapi kalau niat tu dah tak betul memang agak mengambil masa yang lama jugaklah untuk kita menguasai kemahiran bermain gitar ni . hahaha~ yang ni pandangan daripada anuar dan aszorol  .

okeylah , rasanya cukuplah sampai sini je haziq dok pompang pompang . kang takot lagi mengarut pulak jadinya . hahaha . apa² pun pandangan terakhir ni daripada anep ni menarik minat aku , tapi ni pada yang benar² minat pada gitar bukan kerana perempuan . hahaha . dia cakap "adakah lelaki sanggup korbankan minat dia bermain gitar hanya kerana seorang wanita yang belum tentu lagi menjadi milik mutlak kita" - anep
waaa~ dramatik dan makan dalam sikit ayat kau tu nep . hahaha . renung² kan dan selamat beramal . okeylah , sebelum aku merepek dengan lebih lanjut lebih baik aku stop sampai sini je . hahaha . terimakasih daun keladi sebab sanggup baca panjang² ni . almaklumlah . dah lama tak mengarang , haa ni makan dia . hahaha . okey assalamualaikum . #peace yaww



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, November 29, 2011

1# Wordless Wednesday :)




#Mengimbau Masa Silam (2010)


Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, November 26, 2011

Do You Remember ?

*klik untuk tumbesaran

assalamualaikum w.b.t.
hey you alls , harini aku terlebih rajin pulak nak update sampai 2 post . takpe , bukan selalu pun . kannn ? eh , korang still ingat lagi tak boyband BLUE ni ? dulu dorang ni kira TOP BAND jugak laa . band ni start ditubuhkan pada tahun 2001 (masa tu aku baru darjah 2, dah fanatik BLUE) mase tu dorang popular dengan lagu "all rise" . tak pernah dengar ? tengok kat youtube . band ni bawak genre R&B dengan POP . start tahun 2006 tak silap aku , band ni mula menyepi . tak tahulah apa masalahnya . sama ada berpecah sb ikot haluan masing² or else . aku pun tak tahu . tapi yang pasti lagu dorang yang sampai sekarang aku ingat lagu
"sorry seems to be the hardest word" dengan "if you come back"

band ni ade 4 orang ahli ;
Duncan Matthew James Inglis (Duncan James)
Simon Solomon Webbe (Simon Webbe)
Anthony Daniel Costa (Anthony Costa)
Lee Ryan

*kalau nak tahu mana 1 dorang ni , just click at the picture


Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Ikhlas A.K

assalamualaikum w.b.t
hey guys~ ada sihat ini hari ? hope semua sihat walafiat ea . kalau tak sihat pergilah jumpa doktor minta MC . ok laa back to story . harini aku nak story sikit pasal novel Ikhlas A.K ni . korg dah baca ? kalau dah baca tu baguslah . bagi yang belum baca tu pergilah mana² kedai buku yang berdekatan dengan anda . okey novel ni ade berkaitan dengan keagamaan jugak . tentang kehidupan seorang remaja wanita iaitu Kaseh yang mempunyai kehidupan pergaulan bebas . walaupun kehidupan dia amat liar sekali , tapi dia amat mementingkan adiknya iaitu Khaira . Khaira adalah adik pada Kaseh , dan mereka berdua kurang mendapat perhatian dari kedua ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja . kehidupan Kaseh mula berubah apabila dia berjumpa dengan Adam Khalis . Adam telah banyak membimbing Kaseh pada jalan yang benar . itu je yang aku dapat sharing dengan korang . kalau nak tahu lebih lanjut lagi BELILAH TUNGGU APA LAGI ! 

ehem ehem ! kalau korang nak tahu Adam Khalis ni sebenarnya kekasih ke-34 Kaseh

Credit : Nirrosette


Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, November 19, 2011

Tamat Sem 1

holaa~ assalamualaikum. terasa dah lama tak update blog aku ni. padahal memang dah lama pun. dekat 3 minggu jugak laa tak sentuh blog sendiri. nak buat macam mana bila dah hujung² sem ni tak menyempat nak hadap benda² sosial ni. okey tipu, FACEBOOK aku sentiasa on walaupun final. hehehe. back to real story. tepat 17 NOVEMBER 2011 tarikh keramat tu membuktikan bahawa tamatnya sesi pengajian aku untuk sem 1 dekat polipd ni. cewahh~ bunyi grand gitu. ada aku kisah pulak an. hahaha.

dalam tempoh 4 bulan lebih aku kat polipd ni. dah macam² aneka dan ragam manusia yang aku nampak dalam kalangan pelajar kt polipd ni. tp aku malaslah nak cerita kat blog ni. biar aku sendiri yang tahu sudahlah. start aku jejak kaki aku kat poli tu. secara automatiknya, dorg semua (student intake jun 2011 terutamanya) aku dah anggap korang member aku. walaupun ada yang memang tak kenal aku dan ada yang TAK SUKA nak berkawan dengan aku, takpe aku tak kisah. selama mana aku still lagi ingat korang, selagi tu laa korang tetap kawan aku. even secara mata kasarnya korang tak pernah nak anggap aku ni kawan korang. *kan dah terkeluar ayat sedih :D


haa~ gambar kat atas ni laa kelas aku. DEP1S1. selama tempoh 4 bulan lebih ni jugak laa dah macam² jadi antara ktorg ni. haihh, malaslah pulak nak cerita. privacy kelas antara kami semua sahaja. maaf ea. baru je 4 bulan lebih aku kenal korang weyh. tahu tak ? korang kira tak ? korang ingat tak apa yang jadi dalam tempoh tu ? yang tahu diam² je. hahaha. aku tahu sem 2 nanti ahli kelas kita akan makin kurang. sedihlah pulok haihh.
yang aku tahu betul² jadi nak pindah, SHIDA dengan RAJ. korang nak pindah PUO an. takpe. aku relakan korang pergi. yang si budak JULIA ni pulak aku tak tahu laa dia dapat ke tak SPA tu. kalau dapat pun aku relakan kau pergi. kenangku dalam doa korang. hehehe.


harap kalau sem 2 nanti akan lebih elok dari sem 1 ni. ok laa, jam laptop bapak aku skrg ni pun dah pukul 5.10 pagi. hehehe~ tetibe tak boleh tidur pulak haihh. tarikh harini pun unik jugak (20112011). ok stop right here im typing. assalamualaikum. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, October 29, 2011

Fiesta Siswa Siswi


assalamualaikum you alls. :) amacam life korang harini ? anyway, mulakan hari² anda semua dgn senyuman. smile always. =) nampak tak aku senyum ni ? ikhlas ni tau. =3 kenal tak kumpulan apa dlm gambar tu ? fikir sendirilah. hahaha =P MIRWANA laa kawan.

okay for the 1st time aku tgk show dorg. hahaha. sound like funny right. =P harini mirwana dtg PoliPD buat show utk malam fiesta siswa siswi ktorg. hmmm. persembahan yg not bad laa. :P aku tak tgk sgt pon sebenarnya. hahaha.

"itu ini begitu begini" ? haaa~ yg tu sebenarnya tajuk lagu baru dorg. lagu ni dorg feat dgn altimet. live gitu aku dgr. aigoo~ tp nape korg tak heret sekali altimet ? hahaha. boleh tahan best jugak lagu tu. anyway, sambil berseronok tu ktorg amek tau gk sikit pasal perkembangan final N9 dgn GANU. hahaha. akhirnya nogori monang jugok eyhh~ hahaha.

after abis show dorg tu plak. tetibe ada suprise utk ktorg from our beloved senior. errr~ *tak beloved pon sebenarnya. =P hahaha. suprise tu sebenarnya utk pelajar perempuan. tp ktorg yg laki ni pon mengedik sgt nak join sekali. so ktorg pon tumpang sekaki laa. hahaha. ingatkan suprise amende laa kan. rupanya firework show laa. masa tu jugak laa semua mengedik keluar handphone nak rakam. hahaha.

anyway, i would like to say thanks to all my senior coz makes this night is awesome. walaupun ade sedikit kekurangan. tp aku tahu korg dah cuba buat yg terbaik utk junior korg yg hensem² and cute² semua ni happy and enjoy. THUMBS UP! hahaha. THANKS again. ikhlas ni aku terima kasih kt korg. next sem dah tk jumpa dh ktorg kat kamsis tu. tp akan ku kenang fiesta malam ni dgn penuh bermakna. muehehehe =3

ok laa. malas nk pot pet panjang². kang jd isu plak. anyway thanks for read. and see u alls in other post. assalamualaikum. see yaa~ 

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Monday, October 10, 2011

Jangan Jadi Perempuan Yang Dipijak

assalamualaikum semua. skrg ni jam di lappy aku menunjukkan dah pukul 12.40 tgh malam. haaa~ tak tahu nk buat ape pagi² buta ni . hmmm. aku teringat kata² kawan aku kt poli ni. dia ckp kat classmate ktorg (perempuan) "jangan jadi perempuan yg dipijak". mula² aku tak faham apa yg dia ckp. last² baru laa aku dpt pick up ape yg dia ckp tu. ok, aku akan huraikan serba sikit ape yg aku faham pasal entri aku ni. entri aku ni most to girl. sorry ea kalau ade yg terasa. sb benda yg aku ckp ni pon aku dah rasa sendiri. heee~

Jangan Jadi Perempuan Yang Dipijak ? maksud dia, jangan jd perempuan yg menurut perintah. macam pepatah melayu, ibarat lembu dicucuk hidung. agaknya kot peribahasa ni. betul ke tak ? hehehe~ maklumlah, aku dah lama tinggalkan benda ni. hehehe~ okok. apa yg aku tahu, perempuan mudah sayang kat someone ni lebih dari segalanya. sampai ada yg sanggup ikot kata² bfiee dia. aku cukup benci bila ada perempuan sanggup buang kawan semata-mata bfiee dia. bfiee dia just ckp "awak jgn rapat dgn dia ea . saya tak suka laa awak rapat dgn dia. saya takot dia jatuh hati kat awak. and saya taknak kehilangan awak" . eeuuwww.... daaa~ plz laa dowh. aku cukup muak dgn ayat tu. grrr~

sanggup ke korg buang kawan demi bfiee korg ? bila korg dah break org yg korg cari lepas tu mesti KAWAN kan ? so plz laa jgn jd perempuan yg kena pijak. lg 1, sampai ade yg sanggup bg email dgn password facebook kt bfiee sendiri tu. haaa~ pastu bila ade laki lain tego dlm IM tu je, bfiee korg mesti nk marah korg kn ? tanye sape ni laa, ade pape dgn dia laa. mcm² betul dunia cinta ni. haih ! ape hak bfiee korg nk kawal semua gerak geri hidup korg ? confirm ke dia jd suami korg ? ok. aku tak berani nk ckp yg tu. so pandai² laa korg yg perempuan think cook cook. :D 

ok cukup laa sampai sini je. jam kt lappy aku dah show pukul 1.25 pagi. haih~ ni laa kehidupan pelajar. sentiasa tidur lewat. hmm. k laa~ takde pape lagi dah nk diceritakan. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Sunday, October 9, 2011

Aku Anak Polis ??

assalamualaikum semua.  harini aku terlebih rajin plak nk update blog. okay~ ni tetibe ade classmate aku dok ingatkan aku pasal masa minggu kedua aku kt PPD. hahaha~ benda paling buat aku tergelak nk terguling-guling kt ats katil ni haa. ade ke patut dorg ingat aku ni anak polis. sb ? haaa~ aku selalu pakai baju warna hitam putih utk minggu tu. hahaha~
# mmg aku nmpk mcm anak polis ke dowh ?


plz laa~ takde rupa anak polis laa. hahaha~ korg ni memandai je laa. tp aku tak suka part korg mengenakan aku masa pilih ketua kelas tu. nampak beno nk kenakan aku. huh !

*psst~ thanks to RAZI sb ingatkan aku balik kisah lama tu. hahaha !!

ok laa~ thx for reading. nantikan laa post aku yg seterusnya. see yaa~ 

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, October 8, 2011

CORRUPTED

assalamualaikum semua. haih~ entri aku ni pasal manuskrip aku yg aku dh buat berpuluh-puluh muka surat tu, terus corrupted mcm tu je. huh ! aku penat² korban masa lapang aku nk buat manuskrip ni. tup tup... corrupt mcm tu je. betul² mencabar sabar aku laa.

manuskrip ape ? of coz manuskrip novel aku. penat² aku perah otak aku ni nk keluarkan idea. mcm tu je dia corrupt. sabo jelaa~ aku tak pasang niat lg pon nk publish² ni. just aku buat novel ni utk isi masa lapang aku. and member² aku kt poli ni ade gk yg nk bace ape yg aku tulis ni. tp aku tak bagi. hahaha. sb tak complete lagi laa. tak best laa kalau baca cerita tergantung mcm tu je. tp, apa² pon. huh ! aku tetap bengang giler novel aku dlm laptop ni corrupted. frust giler weyh ! hahaha. terpaksalah aku buat balik. dah laa takde softcopy langsung. huh ! takpe laa. belajar dari kesilapan sendiri sb cuai tak buat backup. haiyoo~

ok laa guys, i think only this i want to post. takde ape dah nk tulis. heee~ jumpa lagi next post plak. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

SPEAKING TIME !

assalamualaikum to all readers. how are you today ? i hope all in fine. thumbs up. ok, today my post in english. why ? hahaha. just wanna practice my english language only and makes my english better than before this. practice makes perfect right ? hahaha~

okay, today is sunday. and my life in polytech in sunday just sit at dorm, online, study (sometimes), and most bad thing i do --> SLEEP until evening. hahaha~ what a bad i am right ? it's ok. i admit it thats im not a good person. first you makes bad thing with me, forever i will makes you suffer. hahaha~ just kidding only. im not as bad as like that. hahaha~ :D

i know some of you weird why my post are in english language. this because when i went to courses about important of english language (EL) . in malaysia, EL is the second language after malay language. but in japan ? their think EL are not important for them. because they know, the technology in their country are more advance than US. for me, even our country are advanced more than the other country, thats are not the point for us to lazy to studying EL. because EL is international language. its will make easier for us to communicate with someone.

their are many steps, every steps has own direction, the best direction are should be choosed.

okay, i think until this i can write in my post. hahaha~ because i don't have any idea anymore. so, after this i will try to post in english again. hahaha~ if i have any typing error or else wrong vocab, just ignore that. hahaha~ ok see you again. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

DEP1S1 STORY


assalamualaikum semua, sihat² je kan semua kan ? kalau tak sihat tu pergi laa jumpa doktor amek MC. hee~ ok laa. post aku kali pasal kelas aku kat PPD ni. tahu kan ape PPD tu ? POLITEKNIK PORT DICKSON laa~ atoii~ post ni mengenai DEP1S1 yg kadang² ceria dan kurang ceria.


hmmm.. aku sebenarnya takde pape masalah dgn dorg semua ni. kalau aku marah kt dorg tu pon, sekejap je. tak lama pon. sape aku nk marah² anak org kn. aku just ketua kelas dorg je tp takde hak pon sebenarnya nk marah dorg ni. masing² dah besarkan bukan lg budak². tugas aku just bg inform pasal perubahan kelas only.


kadang² aku sikit terasa dgn member aku ni. bila dorg yg buat bising je. org pertama yg lecturer tu target. aku sendiri. sb tak pandai manage kawan². mcm yg aku ckp,tugas aku just bg inform tentang perubahan kelas je. bukannya mcm pengawas nk kena kawal sikap org lain. aku tak kisah kena marah sebenarnya. tapi, kalau hari² macam tu tak ke cair taik telinga aku ni dgr benda yg sama.


dulu, aku betul² terasa giler bila korang ckp aku lebih pentingkan kawan² aku kat kl tu. please laa, bg aku korang semua dgn kawan aku kt kl tu same je. takde beza pon. aku tak follow korg keluar g mane² pon bukan sebab aku tak nak ikot korg sebenarnya. and, ade yg ckp kt aku
"bila member dia kt kl yg ajak keluar tu laju je.. bila dgn ktorg ni nak taknak je"


hmmm.. ayat tu still lg fresh dlm otak aku. bukan sb aku dendam. tp aku tak suka korg buat perbandingan antara korg sendiri dgn kawan aku yg lain. kita semua kalau ade rezeki akan duduk belajar bawah bumbung yg sama utk 3 tahun ni. jd aku tak nak ade yg fikir mcm tu. ok stop cite pasal tu. :)

dalam kelas DEPS1 ni, aku dpt belajar mcm² loghat. hahaha. nogori, perlis, perak, penang, terengganu ? semuanya aku tahu serba sikit. tp aku tak tahan bila dorg perli aku dgn bahasa BAKU. huh! org kl tak ckp baku sgt ea. tolong sikit. hahaha~ aku cabai gk dorg ni.


skrg ni, dah nk dekat dgn final exam kan. semuanya sibuk struggle nk refresh balik ape yg dh belajar dari awal. hmmm.. doa² kan laa kami semua dpt pointer yg terbaekk utk final ni. :) aku maybe laa.. ni just dlm perancangan aku. maybe sem 2 nanti aku nk minta tukar kat PSA kt shah alam. tu pon kalau permohonan aku tu diluluskan. kalau tak dpt gk, aku akan teruskan life kt PPD ni. thumbs up :)

berkawan itu lebih penting dari bercinta, kerna setiap masalah yg akan kita hadapi dan org yg akan ada bersama dgn kita selain Allah dan juga keluarga adalah KAWAN. persahabatan yg akrab tidak dapat diputuskan melainkan salah seorang antara mereka sendiri yg memutuskannya.

ok laa~ aku pon malas nk cite panjang dah. cukup laa sampai sini dulu. hmmm, thx sudi bace semua, see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Friday, September 30, 2011

Birthday Ariana

assalamualaikum semua. apa khabar ek ? sihat je kan ? hahaha~ okay. post aku harini pasal birthday ank buah aku yg ke-10. sound like crazy right ? hahaha. do i care pulak kn. hee~ okay back to the story. seriously ! hahaha. aku tak ingat langsung harini (30sept) birthday nana yg ke-2. dlm perjalanan aku balik dari poli, aku cuma fikir nak balik jumpa ank buah aku yg baru selamat dilahirkan minggu lepas. sampai je depan rumah aku tgk asal terang lain macam je rumah aku ni. dlm masa yg sama jugak aku dh mula tak sedap hati. haih ! last² hampeh betul tgk dorg tgh dok enjoy makan. aku masuk rumah semua buat macam aku tk wujud je. huh ! ni mesti kes nk menyakat aku ni. aku pun buat bodoh laa dan dengan selamba terus letak beg semua teros pi amek makanan. hahaha~ melantak laa wei ! rindu masakan rumah dowh. hahaha~ last sekali baru aku teringat harini birthday nana yg ke-2.
inilah dia ariana. budak yg nakal + comel + hyperactive. mmg susah betul kalau nk jaga budak ni. aku dh pena jaga budak ni bila kakak aku nk keluar beli barang dapur. mak aii~ punyalah payah nk jaga budak kecik sorg ni. lincah bebeno laa dia. kan dah terkeluar bahso nogori. hahaha. ok laa. dia punya hyperactive ni jgn cakap laa kan. lg aku larang dia buat satu benda tu lagi suka nk buat benda tu. sepatah org ckp berpatah-patah dia lawan balik. haih ! tak tahulah dah besar nti mcm mane. ni baru 2 tahun dah nakal mcm ni. tp pape pon. aku sayang semua ank buah aku~ whoot whoot !! hahahaha.
ok thanks sb singgah ea. jumpa lagi kat post yg akn datang. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Friday, September 23, 2011

Muhammad Hadiff Zhafran


tanggal 21 Sept 2011, insan baharu yg keluar utk melihat dunia ini dan telah diberi nama Muhammad Hadiff Zhafran telah selamat dilahirkan. aku pun tak tahu pukul berapa dia dilahirkan sebenarnya. sb masa tu aku kt poli. hahaha. takpe, asalkan ada gk yg ingat kt aku ni yg jauh dari rumah halaman. nasiblah abg aku send mms kt aku gmbar si hadiff ni. not bad~ hahaha. chuby + comel. lagipun abg aku dah lama mengharap anak ketiga ni ank lelaki. so, ni rezeki dia laa dpt ank lelaki. thumbs up bro ! hahaha. lepas ni tunggu stok yg lain pulak. hahaha~ :D
thanks singgah kt blog yg tak seberapa ni and thx sb sudi baca. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, August 30, 2011

RAYA~RAYA 2011

assalamualaikum semua. ade sihat tak korang semua ? raya sakan nampak. byk tak duit raya korang dpt ? mesti byk kan. hmm, CONFIRM lepas ni semua berat badan naik. hahaha. btw, terlebih dahulu aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat islam yg telah berjaya mengharungi bulan ramadhan selama sebulan dgn sempurna. hee~ penoh ke tak laa puasa tu kan. kalau tak penoh tu qada' laa cepat² ea. agak² sape yg rajin nk puasa 6 hari tu, aku ucapkan selamat berpuasa.
ok. raya aku tahun ni. err~ agak kurang meriah tapi aku cuba buat² meriah laa ea. hee~ 1 hari aku terseksa sb gigi sakit. grrr~ aku terpaksa guna GAMBIT yg KELAT, PAHIT, PAYAU tu sapu dlm mulut aku ni. pergh!! tak terkata rasa dye tu. lepas beberapa minit mulut aku terasa kebas. effect ubat tu laa. huh!! tp ok laa. tk sakit sgt cuma takde feel laa bila nk makan. grrr~
ok bawah ni aku masok kn sikit gambar family aku. tp tak semualah sb ade yg beraya kt rumah mertua. nasiblah kalau dah berkahwin ni. setiap tahun kena selang-seli beraya rumah mertua dgn keluarga sendiri. hahaha!!

papa dan mama aku

 ♥ keluarga kakak aku yg sulung

♥ keluarga abg aku yg kedua

 ♥ keluarga kakak aku yg keempat

aku ? confirm² la belum lagi. tunggu laa lagi 10 tahun macam tu. sape laa akan jadi bakal aku. hahaha. gatal kau ziq. kakak aku yg ketiga ? haa~ dye beraya kt rumah mertua laa. mane lagi. hahaha. ok laa. malas nk cite panjang berjela. hahaha. thanks sb singgah dan sudi baca post ni. lg sekali aku ucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua pembaca. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, August 23, 2011

Kerja Amal "kot"

Assalamualaikum .
Ok entri kali ni mengenai kerja amal aku harini. ;)
Kerja amal ni dah menjadi aktiviti wajib jgk bg jabatab elektrik. ktowg bergotong-royong kt masjid teluk kemang. dekat je dgn poli pd. hahaha~ :D
Dlm masa yg sama gk, pihak ambank dgn berita harian pon join adventure skali. sb ni pon salah satu aktiviti khidmat sosial dorg gk. lps bersihkan kawasan masjid. dorg ade buat sembelih lembu. haaa~ h0k gini yg aku tunggukan sb sungguh mengelikan bg aku. Masa nk sembelih lembu tu, aku dgn senior yg lain kena dok pijak kayu panjang supaya lembu tu tk bergerak masa nk potong urat nafas dgn urat makan lembu tu. masa wak tu nk sembelih lembu tu. tetibe aku terasa ade benda tertembak dkt kaki aku. panas dan ade rasa benda cair. huh ! korg faham tak ape maknanya ? lembu tu lepas hajat. grrrr~ sabo je laa.
semua keje yg berkaitan dgn lembu tu 1st kot aku buat. dari keje tumbangkan lembu, lapah kulit lembu, potong daging² lembu. mmg memenatkan tp this is best bro. menimba pengalaman baru.
 tp sayangnya aku tk dpt nk rasa daging ni masa berbuka td. huh ! ni semua sb terlena lama sgt laa ni. huh ! habis terlajak aku dibuatnya. takde rezeki nk rasa masakan veteran org nogori ni nk buat cm ne. redha je laa~ :)
ok then. see u all next entri k. see ya~ :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Sunday, August 21, 2011

Pertama Kali

assalamualaikum :)
ok mcm biasa jgk laa aku akn bg tau ape mksd entri aku 'pertama kali'
hmm . maknanya pertama kali aku berbuka puasa dgn ank yatim. ni semua mmg sebahagian dr aktiviti wajib jabatan elektrik. pertama kali aku berbuka dgn ank yatim yg masih kecil. aku tersentuh bila ada salah sorg dr dorg bdk lelaki dtg sendiri kt aku dgn senyuman dia yg mmg sweet giler utk salam dgn aku. aku terkejut masa tu. biasanya aku yg pergi kt bdk² tp kali ni bdk² yg dtg sendiri kt aku. tersentap jgk aku dia cium tgn aku masa tu. biasanya bdk² kalau salam bukan cium, dorg cuma sentuh kt dahi je. pd masa yg sama gk ade plak Imam Muda Fatah dtg kt poli aku utk berkongsi pengalaman hidup dia dgn kitorg. walaupun tak ramai pelajar yg dtg sb semuanya sibuk nk gerak seremban p shopping. tp event tu cukup sempurna walaupun tak ramai sgt. walaupun masa dia tgh berceramah tu aku dah mula terangguk-angguk sb ngantok sgt. hahahaha~
ok balik kpd cerita asal pasal berbuka puasa td. masa nk berbuka tu aku renung muka sorg² ank yatim ni. walaupun dorg dah takde ibu bapa lg dah. aku tgk dorg cukup ceria. mungkin ustaz dia bimbing dorg semua ni dgn betul. siap main kejar² lg tu dlm PI. aku ingat nk join gk tp ade keje nk kena buat kan. so tak jd laa. hehehe~ *terasa nk jadi bdk² balik ler.
ok laa. sampai sini je laa entri aku kali. jam pun dah menunjukkan tepat pukul 4 pagi. haaa~ mata sudah kuyu meyh~ ok laa.thanks sb singgah ea. see ya~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, August 20, 2011

APA YANG BUAT PEREMPUAN MERAJUK

assalamualaikum para pembaca semua. hee~
entri aku kali ni bukannya utk perli mane² pihak. tajuk entri pasal benda yang boleh buat perempuan merajuk. macam yg kita tau sesetengah perempuan ni hati dia betul² sensitif. bila dah terasa tu faham² la ea ape yg terjadi lepas tu. MERAJUK laa jadinya. hee~ ok laa. meh sini aku nk share dgn korg ape yg buat perempuan merajuk berdasarkan pengalaman aku sendiri. ENJOY IT~
  1. pertama sekali pasal pemilihan kedai makan. ade sesetengah perempuan mmg cerewet dlm bab² makan ni. bila kedai makan tu tak kena dgn selera dorg sanggup tarik muka sedepa supaya boyfriend dia bwk kt kedai makan yg selesa sikit. kalau lelaki tak kisah kedai makan mane² je. yg penting halal dan cukup utk isikan perut tu haa. (konon dpt pergi tempat grand supaya nti dpt show off kt member² dia yg balak dia bawak makan kt tempat mahal la ea)
  2. umum semua dah tau yg perempuan ni mmg sensitif. ade yg kuat menangis. tp kita (lelaki) tau ke ape yg buat dia menangis? sb ape ek? adakah sb nk tarik perhatian lelaki utk menunjukkan yg dia tgh menangis? maybe laa~ tak berani jamin. kalau tk dipujuk nti kang bertambah laa rajuk dia tu. sedangkan lelaki lg byk benda nk difikirkan dari dok dgr suara perempuan tu menangis entah sedap atau tak.
  3. perempuan suka bila kita (lelaki) bagi perhatian kat dia dan kadang² manjanya tak bertempat betul. sikap manja tak bertempat ni boleh dikategorikan sbg Syok Sendiri. dorg suka dipuji dan bila tak dipuji mulalah tarik muncung ala² donald duck.
  4. sesetengah perempuan ade yg mudah menjeruk perasaan sb nk sgt lelaki faham soal hati dia. sedangkan dorg plak? nk ke faham perasaan lelaki? tepuk dada tanya hati.
  5. ni termasuk sikit pasal lelaki. sesetengah lelaki tk suka menunjukkan perasaan dorg melalui kata² tp melalui pemerhatian dan bersikap bertanggungjawab. jadi, para perempuan jgn laa nk merajuk bila boyfriend korg tak luahkan perasaan dorg melalui kata² ea.
  6. perempuan yg kaki shopping. kebanyakkan lelaki kurang berminat dgn perempuan perangai mcm tu. sb biasanya perempuan akn bershopping itu ini sampai tk ingat dah malam ke belum. bila bershopping dgn boyfriend dorg, ade sesetengah perempuan suka tanya pendapat boyfriend dorg tentang barang yg menarik perhatian dorg. dorg akn tanye lawa ke tak, sesuai ke tak. dan lelaki yg tgh keletihan cuma akn angguk je tanda lawa atau setuju sb dah tak larat. takot nti kang merajuk laa plak.
  7. bg perempuan yg suka ckp pasal org lain dan senang cerita ke arah mengata org laa kn. pada masa tu laa lelaki cuma akn mendiamkan diri je. dan pada masa yg sama jugak laa perempuan akn merajuk sb tak bg respon dgn ape yg dorg ckp.

    perempuan kena faham diri masing² dan ubahlah perangai . kalau waktu muda² ni nk merajuk mmg tak salah sebenarnya. tapi janganlah dah beranak pinak nti pun nk merajuk mcm masa muda² dulu kot. BURUK BEBENO nampaknya. hmmm. ok laa sampai sini je entri kali ni. dah takde idea nk tulis ape dah. semua point tu berdasarkan pengalaman aku sendiri tau. last sekali, aku nk MINTA MAAF pd para pembaca yg TERASA dgn entri aku kali ni. MAAF ea.

    Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

    Wednesday, August 10, 2011

    Puasa...

    hye all readers . ;)
    semua sihat² je kan ? entri kali pasal puasa aku kt poli . agak bosan sikit la entri aku kali ni . pertama kali aku berpuasa berjauhan dr family aku . pada mulanya mmg agak sukar nk terima kenyataan yg aku tak dpt bersahur dgn keluarga aku mase 1st day tu . tp ape kn daya. keadaan tak mengizinkan . so, aku redha je la . kalau korg ade kt tempat aku pon korg akn rasa mcm ni jgk kn ? :)
    setiap kali aku dpt msg atau call dr parents aku tanye dah sahur ke blom, dah bebuke ke blom, makan ape semua mase bulan puasa ni . hati aku sebak tetibe . mungkin sb aku rindu kt dorg. mungkin jgk sb aku rindu nk menatap wajah parents aku. selain tu, aku rindu dgn suasana kecoh kt rumah aku . dulu bila nk bebuke je rumah aku mst kecoh dgn suara ank
    ² buah aku yg nakal² tu . :D
    ok . masuk plak aktiviti belajar aku mase bulan puasa ni. hmm . lg mencabar dr puasa mase sekolah dulu² . sb kali ni aku kena berjalan kaki dr hostel ke kuliah amek mase lbh kurang 10minit cm tu . kalau mcm ni tiap² hari boleh KURUS woo~ FAKTA ok. :D
    lg² aku ketua kelas . lg sebok kena berkejar sana, sini. huh! yg lain? dok tengok je . -,-
    tp tu semua mase mula² je . skrg aku dah biasakan dah . deyh ape ada hal . hee~ ;)
    worait . cukup la sampai sini aku cerita . takde idea dah . jumpa next entri plak ea . terima kasih sb singgah . see ya~ 

    Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !