Tuesday, June 4, 2013

Bukit Tinggi (20.4.13)

assalamualaikum bloggers. tetibe terasa rajin pula nak update blog ku yang dah berhabuk ni. hahaha. ok korang tahu Bukit Tinggi, Pahang ? mestilah tahu punya. kalau tak tahu tu, dia dekat dengan Colmar Tropicale. google ye kalau nak tahu. tapi sebenarnya Colmar Tropicale tu memang dekat Bukit Tinggi pun. heee. kalau dari KL kena lalu tol Gombak ke Karak tu haa. Karak ? hahaha. jangan fikir bukan-bukan. it's just take only 30 minutes from Tol Gombak tu ke Bukit Tinggi sebenarnya. actually bergantung pada kelajuan yang anda bawalah.

lepas dah masuk simpang ke Berjaya Hills Resort, korang kena redah bukit pulak. haa bukit dia taknak main tinggi pulak, memang dari bawah sampai atas aku guna gear 2 je la. mahu jahanam gearbox kereta aku tu. nak masuk sana jangan ingat semuanya free ye. hahaha. kalau masuk harga tiket dewasa RM12, kalau kanak-kanak pula tak pasti. sebab aku tak tengok berapa ringgit untuk kanak-kanak. hahaha. lepas dah bayar tu kalau korang sayang kereta, parking kejap kat tepi tu bagi cooldown enjin tu sikit. sambil tu korang boleh hirup udara segar atas tu.

 tadaaa.. haa ni kita sudah sampai di Perancis. hahaha. takdelah. actually, konsep bangunan di belakang tu konsep bandar lama di Perancis suatu ketika dahulu. ramai kata tempat ni horror. hahaha. aku taktau pun. tapi hotel kat situ jangan ceritalah harga berapa. kalau tak lebih dari 200 untuk 1 malam memang tak sah.

tengok tu abang ikmal kita dengan gaya dia. hahaha

ini pintu masuk dia tapi dari dalamlah aku amek gambar ni.

haa time ni kat menara loceng dia kot tak silap aku. korang boleh naik menara tu untuk lihat sekeliling. nice beb wa cakap sama lu.

hmmm.... macam biasalah bergambar sat sebelum turun.

ok, after that kitorang pergi ke Taman Jepun. tak jauh dari Kota Perancis ni. hahaha. takde kena bayar apa-apa tau nak masuk Taman Jepun ni. time on the way ke Taman Jepun kami ternampak flying fox, and apa benda entah yang sukan lasak tu. tanya berapa ringgit ingat dia sekali semua. lastly, dia asing daaa.. flying fox tu sekali naik RM50 lebih tak silap aku. pehhh, terus kami blah teruskan perjalanan ke Taman Jepun.

macam biasa ada signboard nak bagitahu tempat arah tuju. tapi sebenarnya tempat ni berpusing je. hahaha.

ni la salah taman yang buat aku tenang. angin tiup sepoi-sepoi sejuk je. air sungai dia tu pun sejuk

inilah jejaka jejaka yang ikut rombongan cik kiah. hahaha takdelah. dorang yang follow aku. 6 orang + 1 (aku) :p

tepat pukul 4 kami bertolak untuk pulang ke KL. tapi macam biasa, singgah kawasan rehat di Genting Sempah dulu. makan, minum, solat then barulah terus ke KL. macam tak seronok je cerita ni. hahaha. takpelah aku just kongsi je. kalau nak merasa sendiri pergilah. tempat ni tak sesuai sangat untuk happy-happy. tapi dia lebih kepada untuk tenangkan diri dan larikan diri sebentar dari kota yang sibuk.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Broga (4.4.13)

assalamualaikum blogger semua. ha harini nak share lagilah pasal broga ni. masuk ni post yang ketiga aku pasal broga. hahaha. tapi disebabkan tiada idea nak update pasal apa, so aku update jugalah walaupun sama je benda yang ada kat atas bukit tu. yelah kita tak akan pernah jemu melihat keindahan ciptaan Nya sebab kalau naik broga banyak kali pun tak bosan. selain dapat tengok keindahan ciptaan Nya dapat juga kita keluarkan peluh dipagi hari. sihat badan, otak pun cerdas. hahaha. ok malas nak berceloteh pepanjang, korang usha je laa gambar kat bawah ni k.

Mereka Peneman aku masa tu

Geng adibah dari Politeknik Metro Kuantan

haa ini pandangan dari atas. ramai wa cakap sama lu beb.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !