Tuesday, August 9, 2011

My New Life

assalamualaikum :)
dah lame aku tak update blog ni. dah berkuno aku rase. :D
seriously aku bz sangat². bz dgn assignment, quiz semualah yg berkaitan dgn nya. sampai diri sendiri pon tak terurus ni. haih.
entri aku kali ni nk ceritakan tentang kehidupan baru aku di tempat org. benda ni semua normal bg semua yg bergelar pelajar. yg duduk sampai kt hujung utara malaysia sekali pun sanggup dtg turun ke selatan malaysia demi menuntut ilmu. waaa~ dah mcm pak ustaz la plak. :D
okok. aku bukan nk jd pak ustaz ke ape ke. aku nk ceritakan tentang kehidupan baru aku.
nk start dari mana erk? hmm. ok. kehidupan aku bermula disini...
ni laa tempat aku menuntut ilmu. aku tak layak nk masuk UiTM. kenape UiTM? sb mase UPU dulu aku byk mohon kt UiTM. ok laa. cite balik pasal kawan pertama sekali yg aku kenal dn aku rapat mestilah roomate aku sendiri. aku panggil dia KAY je. :D
dia bdk auto dan aku bdk elektro. hmm. kalau sape² yg pena masok bilik ktorg. confirm ! korg akan ckp "dah takde rupa bilik dah aku tgk". hahaha~ nk buat mcm mane. 1 je ktorg ckp, "barulah student name nye tu" :P
ok stop pasal roomate. kang kembang kempis plak bdk tu. :D
next story is about my classmate plak. bg aku laa kn. lelaki ke perempuan dlm kelas aku tu semuanya same je. otak giler². baru syok maa~ itulah DEP1S1. yg sentiasa buat aku happy. walaupun ade skali aku tak berapa nk sihat dorg buat lawak antarabangsa. aku cuba utk senyum. :)
kepada faridzuan plak yg sntiasa bersabar dgn perangai aku. hahaha. sb ape? haa~ tiap
² hari aku tinju perut dia. aku buat dia mcm punchbag plak. hehehehe~ aku geram giler². lantak p laa depa nk kate ape. :D
pensyarah kt sini? hmm. semuanye ok. hampir semuanya spoting habis beb. kalau blaja tension² pon takde gunanya laa. confirm takkan masok otak. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. baik tak payah. kenalah study smart. kan~ :)
back to the UiTM. aku ade daftar pendaftaran terbuka UiTM. aku minta kos Teknologi Pejabat. dpt ke tak tu belakang punya cerita la. yg aku pening bdk² DEP1S1 tak bagi aku pindah. sb ape? haa~ sb aku ketua dorg. heee~ aku laa yg kena manage dorg punye jadual. setiap kali ade kelas batal atau ape² je yg berkaitan dgn bdk² kelas aku. akulah kena send msg kt dorg ni. semuanya ade 27 org. kalau aku send msg kt dorg kredit aku mlayang RM2.70. tu belom lg yg bg respon balik ckp betol ke tak. semuanya hampir RM5. kalau mcm ni tiap² hari boleh koyak aku. :D
tp takpe. kawan punye pasal aku rela je la. :)
ok. tu je cerita aku utk entri kali ni. thanks sb sudi singgah di blog aku ni. see ya~ ;)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Wednesday, June 1, 2011

Tempat Luahan Isi Hati Aku

aku punya hati dan perasaan . tapi aku tak tahu nak luahkan pada siapa . walaupun ada family yg tersayang, dia dan kawan² yg selalu ada bila aku memerlukan . doranglah pemberi semangat kat aku utk terus survive . aku selalu sharing masalah aku dgn dorang . tp tak semuanya masalah aku bg tahu kt dorang . ada sesetengah aku akan simpan dan luahkan pada alam .

* desa parkcity
desa parkcity je la tempat aku luahkan semua perasaan yg masih berbaki dalam hati aku ni . aku pergi sana pon bukan sekadar nk cari ketenangan . bila bosan pon aku akan datang . tempat dia takde la secantik mana . tp disebabkan dia dekat dgn rumah aku . so, situ je la tempat untuk aku cari ketenangan bila aku dalam keadaan binggung, resah, semuanya la benda² yg boleh buat otak aku serabot . lepas ni aku akan gerak belajar . tak tahu la kat sana tu ada tempat macam ni ke tak . kt mana lagi aku nk luahkan isi hati yg terbuku ni . hmm . tengok je la nanti macam mana . kalau ada pon, aku harap tak jauh dari tempat aku belajar tu .
terima kasih kerana sudi singgah di blog yg kureng ni dan sudi baca . :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !