Saturday, August 10, 2013

Umrah (Part 1)

assalamualaikum w.b.t.
hai korang. lama dah tak update blog ni kan. maaf. sibuk dengna kerja dan order stock baju lain. haa saya nak cerita sikitlah pengalaman saya masa menunaikan umrah pada 5-19 June 2013 . tapi post ni saya cerita masa di Madinah je dulu. semasa di Mekah saya akan ceritakan di post seterusnya k.

ok saya tunaikan umrah ni under Andalusia Travel & Tours. servis mereka bolehlah. 8/10 bintang. dan macam biasalah kalau nak ke arab saudi kena naik Saudi Airlines. flight kami jam 3 petang dan orang yang menghantar kami masa tu memang ramai. pakcik makcik, saudara mara yang lain turut hadir hantar kami. macam nak pergi haji pula. heee

layanlah dulu gambar ni ye. *amek risiko letak gambar sendiri* hahaha. yang bergambar ramai-ramai kat bawah ni hanya ahli keluarga sahaja. ha tu nampak tak airbus Saudi Airlines ? besarkan ? heee tapi gambar gambar tu saya amek masa kat Riyadh Airport. transit sebelum sampai ke Madinah Airport.


kami sampai di Madinah Airport kira kira jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia). keluar je dari kapal terbang tu tetiba terasa panas. fuhh ingatkan enjin kapal terbang tu, rupanya memang cuaca disitu panas. fuhhh perubahan cuaca tapi still mampu bertahan. lepas selesai imigresen kami terus pergi tempat ambil beg. kat situ je dah habiskan masa kira-kira 30 minit. kami disambut oleh wakil andalusia disana untuk dibawa ke hotel. kami menginap di Mubarak Silber Hotel. haa nak tahu macam mana hotelnya ? google la ye. saya tak amek gambar hotel masa tu. heee. kami diberi kebebasan pada waktu itu untuk berehat dan akan mulakan aktiviti ziarah masjid yang paling dicintai oleh Rasulullah iaitu Masjid Nabawi.


keesokan harinya kami (jemaah lelaki group 1) dibimbing oleh Ustaz Muhammad Khaldun untuk melawat sekitar masjid Nabawi. masjid Nabawi kini sungguh luas. masuknya kami ke dalam masjid, Ustaz Khaldun menyuruh kami menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. setelah selesai, kami diberi taklimat ringkas dalam kumpulan mengenai masjid Nabawi, sejarah bagaimana boleh terbinanya masjid Nabawi ni, dan lain lain lagi. Masjid Nabawi yang sebenarnya takdelah besar seperti sekarang ni. kemudian kami dibawa ke hadapan lagi untuk melihat sendiri Makam Rasulullah, Raudhah, Mimbar Rasulullah, Tanah Perkuburan Baqi'.

ni saya just cerita sekadar untuk pengetahuan sahaja. semasa melawat makam Rasulullah, kami diajar cara memberi salam kepada Rasulullah kemudian anjak sedikit ke kanan untuk beri salam kepada Saidina Abu Bakar dan anjak sedikit ke kanan untuk beri salam kepada Saidina Umar al-Khattab. 2 orang sahabat ini adalah antara sahabat baginda yang dijanjikan syurga oleh Allah.

kemudian kami dibawa ke Raudhah. kami diberi masa 10 minit untuk solat didalam Raudhah. Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga. “Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”. Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

kita sering diberitahu yang perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia, Wallahualam. tapi bagi saya, ianya tidak mustahil, lihat saja hadis ini;
“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi (ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”

selepas selesai lawatan ni kami diberi pelepasan untuk lakukan aktiviti bebas. ada yang pergi ke raudhah, ada yang melawat lagi sekitar masjid Nabawi, ada yang pergi shopping, dan ada yang terus balik hotel.




keesokannya kami dibawa ke Bukit Uhud. Masjid Quba', Ladang Kurma. aktiviti kami masa ni tak lama. sebab pada waktu tu hari jumaat. dan agak terkejar masa sedikit. di Arab Saudi, wanita diwajibkan untuk solat jumaat sekali bersama lelaki. tidak seperti di Malaysia. di Arab Saudi ni juga solat Subuh tiada doa qunut. setelah habis lawatan semua kami diberi masa 2 hari untuk lakukan apa sahaja di Madinah. samada nak ke masjid, beli barang cenderahati, kira aktiviti bebaslah senang.

kat sini saya just nak remind sikitlah ye. didepan pintu masuk masjid Nabawi ada orang jual al-Quran berharga 30 riyal untuk diwakafkan didalam masjid. tapi kena ingat ada setengah peniaga tidak wakaf pada masjid. tapi mereka wakafkan di tempat lain. dan perlu juga kita tengok dulu isi Quran tersebut supaya tak terbeli Quran buatan Syiah. cara lebih mudah adalah kita beri saja duit pada Mutawwif beli al-Quran untuk diwakafkan dimasjid. Wallahualam.

ok cukup dulu buat masa ni. entri seterusnya saya akan ceritakan pengalaman semasa di Mekah pula. nantikan ye. maaf sebab terlalu panjang dan tidak menarik. sekian assalamualaikum :)



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, June 4, 2013

Bukit Tinggi (20.4.13)

assalamualaikum bloggers. tetibe terasa rajin pula nak update blog ku yang dah berhabuk ni. hahaha. ok korang tahu Bukit Tinggi, Pahang ? mestilah tahu punya. kalau tak tahu tu, dia dekat dengan Colmar Tropicale. google ye kalau nak tahu. tapi sebenarnya Colmar Tropicale tu memang dekat Bukit Tinggi pun. heee. kalau dari KL kena lalu tol Gombak ke Karak tu haa. Karak ? hahaha. jangan fikir bukan-bukan. it's just take only 30 minutes from Tol Gombak tu ke Bukit Tinggi sebenarnya. actually bergantung pada kelajuan yang anda bawalah.

lepas dah masuk simpang ke Berjaya Hills Resort, korang kena redah bukit pulak. haa bukit dia taknak main tinggi pulak, memang dari bawah sampai atas aku guna gear 2 je la. mahu jahanam gearbox kereta aku tu. nak masuk sana jangan ingat semuanya free ye. hahaha. kalau masuk harga tiket dewasa RM12, kalau kanak-kanak pula tak pasti. sebab aku tak tengok berapa ringgit untuk kanak-kanak. hahaha. lepas dah bayar tu kalau korang sayang kereta, parking kejap kat tepi tu bagi cooldown enjin tu sikit. sambil tu korang boleh hirup udara segar atas tu.

 tadaaa.. haa ni kita sudah sampai di Perancis. hahaha. takdelah. actually, konsep bangunan di belakang tu konsep bandar lama di Perancis suatu ketika dahulu. ramai kata tempat ni horror. hahaha. aku taktau pun. tapi hotel kat situ jangan ceritalah harga berapa. kalau tak lebih dari 200 untuk 1 malam memang tak sah.

tengok tu abang ikmal kita dengan gaya dia. hahaha

ini pintu masuk dia tapi dari dalamlah aku amek gambar ni.

haa time ni kat menara loceng dia kot tak silap aku. korang boleh naik menara tu untuk lihat sekeliling. nice beb wa cakap sama lu.

hmmm.... macam biasalah bergambar sat sebelum turun.

ok, after that kitorang pergi ke Taman Jepun. tak jauh dari Kota Perancis ni. hahaha. takde kena bayar apa-apa tau nak masuk Taman Jepun ni. time on the way ke Taman Jepun kami ternampak flying fox, and apa benda entah yang sukan lasak tu. tanya berapa ringgit ingat dia sekali semua. lastly, dia asing daaa.. flying fox tu sekali naik RM50 lebih tak silap aku. pehhh, terus kami blah teruskan perjalanan ke Taman Jepun.

macam biasa ada signboard nak bagitahu tempat arah tuju. tapi sebenarnya tempat ni berpusing je. hahaha.

ni la salah taman yang buat aku tenang. angin tiup sepoi-sepoi sejuk je. air sungai dia tu pun sejuk

inilah jejaka jejaka yang ikut rombongan cik kiah. hahaha takdelah. dorang yang follow aku. 6 orang + 1 (aku) :p

tepat pukul 4 kami bertolak untuk pulang ke KL. tapi macam biasa, singgah kawasan rehat di Genting Sempah dulu. makan, minum, solat then barulah terus ke KL. macam tak seronok je cerita ni. hahaha. takpelah aku just kongsi je. kalau nak merasa sendiri pergilah. tempat ni tak sesuai sangat untuk happy-happy. tapi dia lebih kepada untuk tenangkan diri dan larikan diri sebentar dari kota yang sibuk.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Broga (4.4.13)

assalamualaikum blogger semua. ha harini nak share lagilah pasal broga ni. masuk ni post yang ketiga aku pasal broga. hahaha. tapi disebabkan tiada idea nak update pasal apa, so aku update jugalah walaupun sama je benda yang ada kat atas bukit tu. yelah kita tak akan pernah jemu melihat keindahan ciptaan Nya sebab kalau naik broga banyak kali pun tak bosan. selain dapat tengok keindahan ciptaan Nya dapat juga kita keluarkan peluh dipagi hari. sihat badan, otak pun cerdas. hahaha. ok malas nak berceloteh pepanjang, korang usha je laa gambar kat bawah ni k.

Mereka Peneman aku masa tu

Geng adibah dari Politeknik Metro Kuantan

haa ini pandangan dari atas. ramai wa cakap sama lu beb.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, May 11, 2013

KAWAN - RAKAN - TEMAN - SAHABAT

assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers

sekarang jam tepat pukul 12:45 am, mata masih segar sebenarnya. banyak perkara yang bermain dalam fikiran ni. post kalini tentang "KAWAN - RAKAN - TEMAN - SAHABAT". saya tahu ramai diluar sana mempunyai kawan bukan. dan untuk menjadi seorang kawan ni memang senang berbanding nak menjadi seorang sahabat sebenarnya. kenapa ?


bagi saya kawan ni saya amek contoh seperti menambah kenalan didalam laman sosial seperti do Facebook dan Twitter. kita "add", mereka "approve". dan secara rasminya kita menjadi rakan mereka. tapi bila mereka tak suka kita, mereka boleh pergi dari hidup kita dengan menekan link "unfriend". kawan juga kekadang boleh dikelaskan seperti chipsmore. sekejap ada sekejap takde. maknanya, apabila kita senang mereka datang dan berbuat baik dengan kita. tapi bila kita susah dan perlukan pertolongan, mereka hilang begitu je.

seperti tweet dari abang Ben Ashaari, dia tweet "kawan sebenar adalah diri kita sendiri". kalau kita fahamkan betul-betul aap yang cuba disampaikan abg Ben tu, ni pendapat saya sendiri. jiwa, hati, akal adalah kawan sebenar kita. ketiga ini yang selalu meneman kita, sentiasa bersama dengan kita bila ada masalah.


anda faham maksud gambar diatas ni ? bagi sesiapa yang mempunyai sahabat diluar sana, anda kira beruntung kerana Allah telah menghadiahkan anda seorang sahabat yang boleh dipercayai. dan saya tak nafikan yang sebenarnya saya ni memang takde sahabat. tetapi, saya ada teman dari 5 Cekal Crewz, saya ada kawan dari PoliPD. saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana bertemu dengan mereka. walaupun mereka bukan sahabat saya, tapi saya sayang mereka semua. tapi ini semua tak bermakna saya tak sayangkan keluarga saya, saya sayang mereka lebih dari segala yang ada didunia ni. tapi dalam topik ni saya lebih fokuskan kepada persahabatan.

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN
TAK semua rakan boleh TEMAN
TAK semua teman boleh jadi SAHABAT
"apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat, kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan"

p/s : jika tiada apa-apa yang menghalang, InsyaAllah pada 5hb June 2013 saya dan IbuBapa akan menunaikan umrah. doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, January 5, 2013

Happy Birthday !


Selamat Ulang Tahun ke DUA PULUH TAHUN kepada kawan baik dari kecil lagi - Fizowl . semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dan cepat sikit habiskan bidang perubatan tu ok. tak sabar nak tunggu gelaran DR pulak lepas ni. hahaha!
Dan, Selamat Ulang Tahun ke TUJUH BELAS TAHUN kepada budak kecik dan kidal - Syuhada . semoga cepat tinggi lagi ok dik. hahaha! tahun ni SPM kan. so buat elok-elok dan study smart ok =)

sekian



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, April 28, 2012

Kenapa Harus Sesama Sendiri ?

assalamualaikum dan salam sejahtera bloggers
lama betul tak update blog ni haa. berhabuk dah rasanya ni. minggu ni minggu final exam untuk students politech. so dah boleh faham macam mane busy dia tu. tapi sebusy mana pun dalam minggu exam ni, perkataan online facebook itu adalah sebahagian juga dalam jadual rutin harian yang pasti akan dilakukan oleh mereka. tapi yang sebenarnya bukan pasal ini yang nak diceritakan dalam post kali ni.


korang pernah tengok cerita The Last Samurai tak ? mesti pernah punyakan. kalau tak pernah pergi download sekarang. hahaha. ok let's straight forward. aku tengok cerita ni mula² sebab bosan then tak tahu nak baca apa. nasib esoknya tu takde paper. memang enjoy kejaplah kan. walaupun cerita lama, tahun 2003 tak silap aku cerita ni launch. bila tengok balik best juga. banyak persoalan yang bermain dalam minda aku masa tengok balik cerita ni. hahaha!

antara persoalan yang bermain dalam minda aku masa tu :
  • kenapa Captain Nathan Algren (Tom Cruise) tolong latihkan tentera Jepun ? sedangkan dia dah tahu tujuan dia melatih tentera Jepun tu untuk melawan para pahlawan Samurai yang diketuai oleh Katsumoto (Ken Watanabe) yang merupakan menteri dalam negara Jepun.
  • kenapa raja Jepun setuju dengan cadangan pembantu dia tentang perang antara tentera bersenjata Jepun berlawan dengan pahlawan Samurai ?
  • perlu ke berperang sesama rakyat sendiri ?
  • kenapa raja Jepun tidak menerima pemberian hadiah pedang dari Katsumoto selaku salah seorang menteri dalam Jepun dan juga bekas cikgu pada raja itu sendiri ?

kawan² aku cakap cerita ni diadaptasikan dari sejarah Jepun tahun 1877 dulu. tapi tak tahu betul ke tak. aku layan je jalan cerita dia. perkara macam ni boleh berlaku juga kat Malaysia jika tiada persefahaman antara rakyat dan juga menteri. contoh yang aku nampak dengan begitu ketara sekali pasal BERSIH. aku tak tahu apa puncanya. sebab aku sendiri memang taknak terlibat langsung dalam hal politik. even sekalipun bapak aku tu orang kuat UMNO, aku langsung tak ambil peduli bila dia cerita pasal politik then nak masukkan nama aku dalam pemuda bagai tu. memang jawapan aku TAK. okay sudah cukup sudah, malas nak menaip panjang², sebab dah takde idea dah. ape² pun terima kasih sudi singgah. selamat berhujung minggu.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Thursday, April 5, 2012

Mereka di Melaka

assalamualaikum wbt
haii korang. sorrylah lama dah tak update blog ni. berhabuk dah rasanya ni.
maaf sebab terlalu sibuk dengan assignment² bagai.

31/3 lepas aku dengan kawan² poli pergi jelajah Melaka. konon macam tak pernah pergi pulakan ?
pergi kesana memang dirancang. tapi bila dah sampai sana semuanya dah tak terancang.
macam² kerenah bila dengan dorang ni. sampai aku pun tak sanggup dengar + tengok kerenah dorang ni.

ZHARIFF
asyik komen pasal tempat² bersejarah ni tak patut ada sekarang ni.
patut dirobohkan je terus

ALIFF
*aku tak tahu nak komen apa pasal budak ni.
dia ikut kepala dia je nak pergi mana pun*

FIKRI
lagi sorang budak ni. mulut tak boleh diam langsung.
ada je benda buruk yang nak dikomen. kadang² aku pun sakit jiwa juga dengan dia ni.

ALIF, FIKRI, ZHARIFF


itu je kot yang aku nak ceritakan dalam post kali ni. maaflah kalau kurang menarik. idea tak datang mencurah-curah. terimakasih singgah ea.



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Monday, February 20, 2012

BB pada 20/02/12

assalamualaikum w.b.t
lama tak update blog ni dah . sorry agak sibuk sikit , hehe . apa BB tu erk ?? bukan BlackBerry , BlueBerry pun bukan . Bukit Bintang ?? lagilah bukan . haha . jawapan dia Bukit Broga .

bawah ni aku tunjukkan gambar² yang aku amek masa kat atas bukit tu . terserlah keindahan ciptaanNya . dan dikala waktu tu , hati tidak terhenti henti memuji kebesaranNya :)









okey sebenarnya banyak lagi . tapi cukuplah banyak tu je yg aku tunjukkan okey . kalau nak tengok lebih lagi jenguklah kat FACEBOOK okey . dah pukul 4 pagi rupanya . hahaha , okey laa . bye awak² sekalian . see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, January 24, 2012

Bergambar Bersama Mereka :)

assalamualaikum wbt

firstly, macam yang korang tahu aku baru je beli "black baby" . kalau disimpan kat rumah pun takde gunanya . so better aku gunakan untuk memuaskan hati aku ni dan sambil tu aku boleh belajar cara untuk setting kamera tu dengan lebih betul . 

ahad lepas (22jan) aku dan 2 orang lagi sahabat aku pergi ke taman layang² untuk photoshot , tapi lebih pada konsep "natural" . macam² gaya dan skill aku tengok dorang ni buat . hahaha .




*salah satu gambar yang memuaskan hati aku :)


Credit pada mereka berdua
                                           Syafiq Haniffah                         Syaiful Rohman



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, January 17, 2012

2# Wordless Wednesday :)

"kegembiraan itu boleh dimiliki oleh semua orang"




#(14.01.2012) :)

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Sunday, January 15, 2012

My Black Baby

assalamualaikum w.b.t

lamo bona den tak update blog ni haa jang oii . line internet kat poli ni mencabar sangat . tu yang susah nak update blog ni . ouhh yaa , aku nak cerita pasal "New Black Baby" aku . it's beginner DSLR . it's okey laa . sesuai dengan aku untuk mula dari bawah . bermula dari NIKON aku punya target then terus bertukar kepada CANON atas sebab sebab tertentu .

31.12.2011 tarikh aku memlikinya

"Black Baby" nampak besar dengan Battery Grip . thanks to Hanz

Dia cakap "nampak chomel kamera tu :)"

"Delighting You Always"

terima kasih pada sahabat --> syaiful rohman

thanks to apul sebab tahan kaki follow aku tawaf satu plaza lowyat tu . hahaha . sampai laa jumpa "Black Baby" aku ni . dia pun GILER LENSA jugak . kami still under process learning bab photo ni . harap pada yang otai dan OL tu boleh beri tunjuk ajar pada kami :)

p/s : aku bawak kamera ni untuk malam New Year tapi tak jadi atas sebab sebab tertentu . :P



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, December 20, 2011

Life...


assalamualaikum w.b.t
hai u alls . harini aku rasa tak dapat nak lelapkan mata pulak . tak tahu sebab apekan . sejak cuti sem ni memang tidur aku tak pernah nak cukup . so, how's your life ? okey aje kan . harap semuanya sihat walafiat sekarang ni ea . okey laa , aku kalau nak bercerita bab agama ni pun memang aku low jugaklah . sebab aku punya ilmu agama pun belum cukup lagi . banyak lagi yang aku perlu belajar .

terlebih dahulu aku nak minta maaf jikalau ada yang terasa dengan apa yang aku tulis sebelum² ni . masa cuti sem ni kerja aku dekat rumah online manjang . hahaha , standard bagi aku . ada beberapa hamba Allah ni yang asyik post mengenai orang dia sayang yang sudah pun kembali kepada Nya kat facebook . sebenarnya , ini adalah sebahagian daripada erti kehidupan . walaupun kita tak dapat nak terima kenyataan tu , kita tetap harus berhadapan dengan kenyataan tu jugak . kan pepatah melayu ade mengatakan "kehidupan harus diteruskan" walaupun sukar untuk terima , kita harus cuba dan terus mencuba untuk terima . setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ni sebenarnya ada hikmahnya .

kadang² bila kita terkena musibah , janganlah kita terlalu marah atau terlalu sedih . sebaliknya kita berdoa dan memohon doa pada Allah supaya tabahkan hati kita untuk terima musibah yang datang pada diri kita ini . musibah yang kita terima itu sebenarnya kita mampu hadapinya , kerana Allah akan menguji umatnya dengan ujian yang mampu dihadapi oleh umatnya . cuma kita sahaja yang susah untuk menerimanya , dan tidak menjumpai penyelesaiannya .

okeylah , ni je yang mampu aku huraikan apa yang aku faham erti kehidupan . sebenarnya banyak lagi erti kehidupan ni , cuma aku hanya mampu huraikan ni je . aku taip panjang² pun bukannya ade yang membaca sampai habis pun kann . sorrylah ea kalau aku ade tersilap ke , sebab aku dalam bab agama ni pun sebenarnya masih lagi dalam proses . hee , okey assalamualaikum . see yaa~

"Dalam kehidupan ini, orang yang paling bahagia ialah, orang yang tahu tujuan sebenar sebuah kehidupan"



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Wednesday, December 7, 2011

Gitar dan Wanita ?


assalamualaikum w.b.t.
heloo semua , jam di laptop sudah menunjukkan jam 3.30 pagi . huh ! aku tak tahu kenapa tak boleh tidur lagi ni . hahaha ~ okey laa disebabkan aku dah lama tak mengarang dalam blog ni . jadi aku rasa patut gunakan masa yang terluang banyak ni untuk mengarang dari terbuang macam tu je kann ~ cuti sem ni banyak bagi aku pengajaran . apa pengajarannya ? haa ~ hanya orang tertentu je yang tahu . hee ~

okey back to real story , ape yang aku maksudkan dengan Gitar dan Wanita tu ? hmm , bunyi macam pelik sikit . tapi realiti bagi sesetengah lelaki yang aku kenal dan dorang share pendapat dorang tentang tajuk aku ni dorang memilih Gitar . dorang berempat dalam gambar kat bawah ni laa yang share pendapat dekat aku tentang Gitar dan Wanita . waa~ dah macam interview 360 pula . hahaha .

*mangsa interview aku =)


mereka berempat punya pendapat memang boleh diterima pakai . hehehe , okey macam yang kita tahu kebanyakkan lelaki memang akan bermain gitar . especially acoustic guitar . betulkan ? paling tidak pon , dalam sebuah rumah bujang sekurangnya mesti ade 1 gitar kapok . hahaha , yang ni aku dah buat survey kat rumah sedara² aku (maaf lari tajuk sikit) hee ~

adakah lelaki bermain gitar ni semata mata untuk memikat perempuan ? hahaha , persoalannya bakal aku share ni . jangan marah ea kalau ada yang terasa . ni just pandangan aku je . peace yaww . okey , sesetengah lelaki bermain gitar bukan sebab atas dasar minat semata mata . tetapi , cuma untuk menjadi seorang HGG (Hero Gadis Gadis) untuk mencuri pandangan seorang gadis yang dia sayang . betul ? kalau salah tu takpe laa . just pandangan sahaja . pengakuan dari faiz , dia cakap kat aku haritu "aku main gitar sebenarnya untuk perempuan" . hehehe ~ pengakuan berani mati . tahniah faiz kerana jujur .

tapikan , apa² yang kita lakukan tu niat kena betul bukan ? jadi bila niat tu tak betul maka susahlah untuk kita betul² faham apa yang kita belajar . samalah jugak macam belajar main gitar ni . gitar umpama seperti benda hidup , dimana auranya akan mengalir dalam tubuh kita supaya kita mudah untuk mempelajarinya . tapi kalau niat tu dah tak betul memang agak mengambil masa yang lama jugaklah untuk kita menguasai kemahiran bermain gitar ni . hahaha~ yang ni pandangan daripada anuar dan aszorol  .

okeylah , rasanya cukuplah sampai sini je haziq dok pompang pompang . kang takot lagi mengarut pulak jadinya . hahaha . apa² pun pandangan terakhir ni daripada anep ni menarik minat aku , tapi ni pada yang benar² minat pada gitar bukan kerana perempuan . hahaha . dia cakap "adakah lelaki sanggup korbankan minat dia bermain gitar hanya kerana seorang wanita yang belum tentu lagi menjadi milik mutlak kita" - anep
waaa~ dramatik dan makan dalam sikit ayat kau tu nep . hahaha . renung² kan dan selamat beramal . okeylah , sebelum aku merepek dengan lebih lanjut lebih baik aku stop sampai sini je . hahaha . terimakasih daun keladi sebab sanggup baca panjang² ni . almaklumlah . dah lama tak mengarang , haa ni makan dia . hahaha . okey assalamualaikum . #peace yaww



Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Tuesday, November 29, 2011

1# Wordless Wednesday :)




#Mengimbau Masa Silam (2010)


Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, November 26, 2011

Do You Remember ?

*klik untuk tumbesaran

assalamualaikum w.b.t.
hey you alls , harini aku terlebih rajin pulak nak update sampai 2 post . takpe , bukan selalu pun . kannn ? eh , korang still ingat lagi tak boyband BLUE ni ? dulu dorang ni kira TOP BAND jugak laa . band ni start ditubuhkan pada tahun 2001 (masa tu aku baru darjah 2, dah fanatik BLUE) mase tu dorang popular dengan lagu "all rise" . tak pernah dengar ? tengok kat youtube . band ni bawak genre R&B dengan POP . start tahun 2006 tak silap aku , band ni mula menyepi . tak tahulah apa masalahnya . sama ada berpecah sb ikot haluan masing² or else . aku pun tak tahu . tapi yang pasti lagu dorang yang sampai sekarang aku ingat lagu
"sorry seems to be the hardest word" dengan "if you come back"

band ni ade 4 orang ahli ;
Duncan Matthew James Inglis (Duncan James)
Simon Solomon Webbe (Simon Webbe)
Anthony Daniel Costa (Anthony Costa)
Lee Ryan

*kalau nak tahu mana 1 dorang ni , just click at the picture


Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Ikhlas A.K

assalamualaikum w.b.t
hey guys~ ada sihat ini hari ? hope semua sihat walafiat ea . kalau tak sihat pergilah jumpa doktor minta MC . ok laa back to story . harini aku nak story sikit pasal novel Ikhlas A.K ni . korg dah baca ? kalau dah baca tu baguslah . bagi yang belum baca tu pergilah mana² kedai buku yang berdekatan dengan anda . okey novel ni ade berkaitan dengan keagamaan jugak . tentang kehidupan seorang remaja wanita iaitu Kaseh yang mempunyai kehidupan pergaulan bebas . walaupun kehidupan dia amat liar sekali , tapi dia amat mementingkan adiknya iaitu Khaira . Khaira adalah adik pada Kaseh , dan mereka berdua kurang mendapat perhatian dari kedua ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja . kehidupan Kaseh mula berubah apabila dia berjumpa dengan Adam Khalis . Adam telah banyak membimbing Kaseh pada jalan yang benar . itu je yang aku dapat sharing dengan korang . kalau nak tahu lebih lanjut lagi BELILAH TUNGGU APA LAGI ! 

ehem ehem ! kalau korang nak tahu Adam Khalis ni sebenarnya kekasih ke-34 Kaseh

Credit : Nirrosette


Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !

Saturday, November 19, 2011

Tamat Sem 1

holaa~ assalamualaikum. terasa dah lama tak update blog aku ni. padahal memang dah lama pun. dekat 3 minggu jugak laa tak sentuh blog sendiri. nak buat macam mana bila dah hujung² sem ni tak menyempat nak hadap benda² sosial ni. okey tipu, FACEBOOK aku sentiasa on walaupun final. hehehe. back to real story. tepat 17 NOVEMBER 2011 tarikh keramat tu membuktikan bahawa tamatnya sesi pengajian aku untuk sem 1 dekat polipd ni. cewahh~ bunyi grand gitu. ada aku kisah pulak an. hahaha.

dalam tempoh 4 bulan lebih aku kat polipd ni. dah macam² aneka dan ragam manusia yang aku nampak dalam kalangan pelajar kt polipd ni. tp aku malaslah nak cerita kat blog ni. biar aku sendiri yang tahu sudahlah. start aku jejak kaki aku kat poli tu. secara automatiknya, dorg semua (student intake jun 2011 terutamanya) aku dah anggap korang member aku. walaupun ada yang memang tak kenal aku dan ada yang TAK SUKA nak berkawan dengan aku, takpe aku tak kisah. selama mana aku still lagi ingat korang, selagi tu laa korang tetap kawan aku. even secara mata kasarnya korang tak pernah nak anggap aku ni kawan korang. *kan dah terkeluar ayat sedih :D


haa~ gambar kat atas ni laa kelas aku. DEP1S1. selama tempoh 4 bulan lebih ni jugak laa dah macam² jadi antara ktorg ni. haihh, malaslah pulak nak cerita. privacy kelas antara kami semua sahaja. maaf ea. baru je 4 bulan lebih aku kenal korang weyh. tahu tak ? korang kira tak ? korang ingat tak apa yang jadi dalam tempoh tu ? yang tahu diam² je. hahaha. aku tahu sem 2 nanti ahli kelas kita akan makin kurang. sedihlah pulok haihh.
yang aku tahu betul² jadi nak pindah, SHIDA dengan RAJ. korang nak pindah PUO an. takpe. aku relakan korang pergi. yang si budak JULIA ni pulak aku tak tahu laa dia dapat ke tak SPA tu. kalau dapat pun aku relakan kau pergi. kenangku dalam doa korang. hehehe.


harap kalau sem 2 nanti akan lebih elok dari sem 1 ni. ok laa, jam laptop bapak aku skrg ni pun dah pukul 5.10 pagi. hehehe~ tetibe tak boleh tidur pulak haihh. tarikh harini pun unik jugak (20112011). ok stop right here im typing. assalamualaikum. see yaa~

Terima Kasih Daun Keladi ! Kalau Sudi Singgah Lagi !